Thursday, October 18, 2012

Tulisan

kita menulis,
kerana kadang-kadang mulut kita berat untuk mengeluarkan.
padahal katanya.. komunikasi yang paling berkesan bila kita 'bercakap'.
tapi kita tak mampu. maka kita menulis, semoga dia membaca tulisan-tulisan kita..
kadang-kadang tidak harap ada yang membaca,
sekadar menulis untuk hilangkan rasa gelisah di hati.
katanya, simpan lama-lama, jiwa merana, maka menulis sebab tidak mahu meletus kemudian hari.
kita menulis kerana kita tahu, kata nabi kena sampaikan walau sepatah apa yang kita tahu,
kita tak mahu kelak disoal mengapa tidak menyebar, kita mengelak, kita menganggap cukup, sekadar menulis, mungkin ada yang membaca walau seorang maka hukumnya, lepas..
tapi kita tahu juga yang dakwah paling baik melalui komunikasi.. berbicara secara lisan, tapi kita teruskan, sebab apa? sebab kita tak mampu nak bercakap macam mereka, kita tak pandai nak yakinkan mereka dengan kata-kata, kita tergagap-gapap..kita lemah..kita lemah..
kita menulis kerana seakannya hak bersuara kita kian terpenjara..
di'pagari besi' yang makin hari makin membesar,
kita tak yakin diri.
kita serba salah.
kita banyak berfikir yang tidak perlu akhirnya banyak tidak terjadi.
maka kita menulis,
untuk berkongsi rasa.
semoga seisi alam memahami
walau realitinya tutur kata tidak akan pernah sama dengan bait-bait tulisan.
kadang memundur,
kadang meminggir,
yang kita cari persefahaman..
agak mereka mengerti kata yang ingin disampai..



#ini aku, masalah aku. maka..tukar kata ganti diri pertama yang jamak itu pada kata ganti diri pertama yang tunggal. 

No comments: