Wednesday, April 10, 2019

accident? Cara Nak Claim Insurans dari Pihak Ketiga/ Pihak yang melanggar bila berlaku kemalangan

Assalamualaikum

Baru baru ni kereta Myvi aku (baca: owner kakak aku) telah dilanggar dari tepi, kejadiannya berlaku dalam UPM.. masa tu aku nak masuk simpang, dia nak keluar simpang.. dia langgar kemek pintu belah kanan belakang kereta myvi tu.

so, aku dengan tak berapa paham nak buat apa.
aku just ambil gambar kereta aku dan gambar orang yang langgar tu.. nasib baik aku ambil no phone dia.

apa yang patut aku buat sebenarnya bila mengalami kemalangan kecil macam ni

1. Ambil gambar kereta kita
2. Ambil gambar kereta pihak yang melanggar
3. Ambil gambar kad pengenalan/ passport (macam kes aku, foreigner yang langgar)
4. Ambil apa apa gambar pengenalan dari dia
5. Ambil no telefon dan kena misscall number tu.


so setelah bincang, kita decide untuk buat report polis..
macam kes aku,, kemalangan ni berlaku dalam UPM, untuk pengetahuan semua kalau berlaku kemalangan dalam UPM atau mana mana pusat pengajian perkara pertama yang harus buat adalah consult dengan polis bantuan UPM..
sebabnya,,

UPM ni luas dan terbahagi kepada beberapa border. which aku tak tahu. mula mula aku ke balai serdang je, lepas tu polis minta pergi ke IPD di Kinrara. IPD Kinrara yang handle traffic

alhamdulillah aku pergi tempat yang betul, sebab kawasan kemalangan aku tu terjadi di persiaran masjid which is still under IPD sri kembangan (Kinrara) kalau tak terpaksa menapak ke IPD Sepang.. alah jauhnya

bila sampai sana, aku taktau la prosedur apa..
kena tinggalkan phone dekat guard, ambil pas pelawat..

naik tingkat 1 bahagian trafik, aku buat report..bagitahu semua details, no plat kereta kita dan kereta pihak yang melanggar kena betul sebab mereka nak urus tuntutan insurans nanti tu..

Nota: masa ni ramai yang akan suggest kat kau suh gi bengkel mana mana..jawapannya kau cakap je kau dah ada panel. if kereta bawah 5 tahun lagi senang, setel je kat tempat dia. kalau aku, perg perodua.

lepas setel yang tu, kena jumpa Sarjan pulak.. kat situ kau akan disoal lebih details, siap kena tunjuk dan lukis pelan kemalangan tu..

lepas setel tu, sarjan akan bagi satu kertas, boleh ambil salinan report bayar RM4 .

PROSES CLAIM INSURANS KALAU BUKAN KENDERAAN SENDIRI

Mula mula aku blur jugak, so aku ingat pesan ayah aku, kalau jadi apa apa telefon Etiqa (aku under Etiqa)

aku tanya boleh ke nak pergi perodua
mereka memang suggest aku ke perodua sebab kereta bawah 5 tahun

cuma bila aku bukan owner kereta, prosedur dia

aku pergi Perodua:

1. Bawa salinan kad pengenalan pemandu
2. Bawa salinan lesen Pemandu
3. Bawa salinan kad pengenalan pemilik kenderaan
4. Bawa salinan lesen pemilik kenderaan
5. Bawa salinan geran
6. Bawa report original

untuk pengetahuan semua, bila kau dan pihak ketiga dah buat report polis, kau dan pihak yang melanggar dah takde apa apa.. semua nanti depends atas keputusan polis (14 hari keputusan keluar) untuk tau kau atau dia yang bersalah.. nanti ncd akan potong dari yang bersalah tu lah.

kereta tinggal kat bengkel paling sekejap 2 minggu sebab kena tunggu keputusan polis.

UPDATE

aku dah settle dah semuanya, aku akan cerita apa berlaku lepas aku dapat report polis tu,

jadi lepas dua minggu +
lepas call hampir tiap hari tnya progress siasatan aku dapat call dari sarjan untuk ambil report, tapi dia call aku hari khamis tenghari, dalam kul 3 aku sampai balai, tempat nak ambil siasatan dah tutup :alasan balik awal.
jadi aku burn duit banyak sangat kat situ, dah la aku takde kenderaan dah, mahal weh gi balik naik grab. Gi kelas pun aku naik bas secara illegal, sebab budak master kena bayar tambang bas (huhu) sory tercerita pula.

so aku pergi awal pagi jumaat by grab jugak amek hasil siasatan dan ternyata orang yang langgar aku tu bersalah. Dia kena saman polis sebanyak RM300.

aku naik grab lagi pergi bengkel perodua bagi hasil siasatan dan ternyata kereta aku masih terbengkalai tanpa disentuh langsung (tak dibaiki). aku rasa baik la aku bawak balik je kereta tu 2 minggu lepas. Macam takde signifikan tinggal sana. So, lepas settle semua borang (kena bagi report asal dan hasil siasatan kepada bengkel), aku naik grab semula utk balik. eh jap, aku lupa la ke aku minta tolong member aku (maryam /baayah), oh yeh , aku tak naik grab, i have maryam and baayah to help me. THANK YOUU.

pendek cerita pada tarikh 14.5,  sebulan lebih tinggal kereta di bengkel, bengkel call dan boleh ambil dah kereta (hampir tiap hari call tnya status weh), lambat sebab adjustor,
sepatutnya aku hantar kereta aku kat bengkel premium under etiqa, lulus 30minit je, ni sebulan lebih bengong rasaaa.

pendek cerita,
aku minta nak claim loss of use, jadi dorang sedia borang semua untuk aku sign.

kereta total baiki RM2000+ , aku tak keluar duit langsung. dia tukar pintu dan fender bawah.
NCD aku tak tolak
NCD yang salah la kot tolak.

lepas 4 bulan, awal bulan 9 .. aku dapat call dari ejen insurance pihak yang langgar aku claim loss of use aku dah dapat.

LULUS RM420 total.




Tuesday, November 6, 2018

Resepi : Nasi Lemak Sambal Bilis Sedap dan Mudah

assalamualaikum.

Sebulan lepas ada buat makan makan kat rumah kawan. Kita masak kat rumah dia.. Jadi dorang minta nak makan nasi lemak... takda la dorang minta, sebenarnya itu je yang pandai buat. hehe. so ni resepi sangat simple, mudah dan sangat sedap. Resepi ni ambil dari Mama.. pastu olah sikit sikit. Kalau cakap pasal resepi Mama, memang semua pun mudah.. boleh dikatakan... resepi masak sambal ni adalah yang paling mudah dan digemari semua ahli kat rumah.

so jom.

Resepi : Nasi Lemak  Sambal Bilis Sedap dan Mudah

Mula mula sekali, masak nasi lemak tu dulu..

untuk masak nasi lemak ( hidangan 4-6 orang) 2 gelas beras

Bahan-bahan kena ada senang je, kalau tak senang kita tak share.

1) 2 gelas beras 
2) 1 gelas setengah santan pekat (1 1/2 gelas)
3) 1 gelas setengah air (1 1/2  gelas)
4) Daun pandan (3 helai)
5) Buttercup 1 sudu besar
5) Garam setengah sudu besar

untuk nasi tu ingat formula ni, dua gelas beras bersamaan tiga gelas air, so kalau nak buat nasi lemak kena bahagi dua la, air separuh, santan separuh. senang je formula ni. Boleh guna kalau nak buat masak nasi banyak lagi. Tips dia guna gelas yang sama.

Cara-cara dia

1) basuh beras sampai bersih
2) tos /buang air dan letak dalam periuk masak nasi
3) masukkan santan pekat
4) masukkan air
5) masukan buttercup
6) masukkan garam
7) Ikat daun pandan dan masukkan dalam periuk
8) kacau sebati 
9) boleh start masak.

untuk pastikan nasi masak dengan betul, masa tengah mendidih tu kacau lagi sekali (jangan banyak, sekali cukup)

kalau nasi tak masak betul jangan buang pulak, tambah air sikit dan masak sekali lagi, kalau tak nak tambah air boleh buat cara kukus masukkan gelas berisi air separuh dalam periuk nasi dan letak kat tengah tengah dan masak semula. (nasi lagi lembut macam ni)

okay setel resepi nasi lemak mudah dan sedap, memang rasa lemak santan sedap sangat sangat.
......................................................................................

untuk resepi sambal bilis sedap dan mudah (paling senang)


Bahan Bahan diperlukan 
1)Ikan Bilis dua/ tiga genggam (500 g) . :
2)Bawang besar (bawang holland) 2 biji
3)Bawang merah kecil 2 ulas
4)Bawang putih 5 ulas
5)Lada kering segenggam
(tak kisah jenis apa, kalau kat umah guna yang besar bulat tu. Tak pedas) pernah buat campur sekali yang kerinting sedap jugak rasa pedas sikit.)
tips paling penting adalah kena goreng dulu ikan bilis tu

Cara goreng ikan bilis rangup (tahan berhari hari) :
panas kan api pastu bila dah panas, guna api kecik /jangan kecik sgt medium kot. Masukkan ikan bilis yang dah basuh bersih. Kacau sikit sikit sampai dia garing dan bila gigit rasa rangup. (kalau rasa cam nak hangit, kecikkan api. Pandai pandai la. Yang ni sangat penting tau. Buih buih tu pun hilang.
Bila dah masak ketepikan..
Cara nak buat sambal bilis
Blend bahan bahan 2,3,4,5 dengan minyak ikan bilis tadi. Pastikan masukkan sekali bilis hancur hancur tu.
Dah blend semua sampai hancur. 

Masukkan dalam kuali. Kacau kacau sampai pecah minyak. Masa tengah masak tu.. Boleh letak:
1- asam keping (1 atau 2 keping) saya tk pandai guna asam jawa.
2- Gula melaka (nak manis letak banyak, saya letak separuh kalau takda gula melaka, pakai gula pun boleh)
Tips nk bagi sambal nampak hitam memang kena guna gula melaka.
3- Garam (secukup rasa, kena try sambal tu.. Tak payah banyak. (saya letak separuh sudu besar biasa)
4- Air. Masukkan air kalau nak agak berkuah. (. Kacau sampai air tu kering)
5- Ikan bilis yang belum goreng pun boleh masuk sekali awal awal tadi lupa nak bagitahu.
Kacau sampai puas hati kegelapan dia. Pastu tutup api, masukkan ikan bilis rangup tadi. Kacau kacau dan angkat dan hidang.

nota:



Kalau nak buat sambal asing/ ikan bilis asing pun boleh. 
Satu lagi, kalau taknak buat sambal ayam/ ikan atau apa apa sambal pun boleh dengan resepi tu cuma kalau nak buat sambal lain jangan masukkan ikan bilis masukkan la lauk lain. hehe



Sunday, October 28, 2018

WINDSCREEN MYVI 2016 PECAH BERDERAI : TUKAR CERMIN MURAH

assalamualaikum, lama tak menulis dalam ni.

Lokasi kejadian pecah adalah di Sri Kembangan.
so aku tak boleh bawak balik kelantan. incase kena saman ke apa ke.
kat area sini ada banyak sangat pilihan untuk servis tukar cermin kereta. case aku, cermin depan yang pecah. kereta myvi tahun 2016.

ada banyak kedai yang aku survey, rata rata bagi rate harga RM350-RM420. untuk original double layer cermin. 

antara kedai yang aku survey:

Dr Cermin : RM420
Dr Windscreen -2 tahun warranty. : RM420 original, RM370 (bukan ori tapi dah tinted terus)
Bengkel2 biasa yang provide servis tukar cermin : RM350. 

Dr Windscreen dan Dr cermin ni ada banyak franchises, sangat reliable la bagi aku.

tapi yang menarik, member aku terjumpa satu kedai ni, website dia lawa. ada franchise kt dua tempat, puchong dan shah alam. harga dia bagi lagi murah. Siap percuma tinted yang 8inci kt depan tu. 
katanya original, double layer jugak. so aku akan pergi tengok besok. harini ada kelas. tk sempat.
jap lagi aku share nama kedai.

Updated:

Aku dah tukar cermin depan.
total loss : RM320
what I received?
1) original double layer windscreen
2) free inch tinted
3) free wiper (after 5 star rated)- optional

kata brother brother bengkel tu, warranty 3 years bukan untuk crack/pecah tapi kalau bocor, masuk air ke apa ke boleh datang service kat dorang. cara kerja mereka memang Nampak smooth je sebab dah professional kan, Nampak kemas je letak gam semua. staff pun super friendly. sangat teratur.
macam kat service Perodua.. ada service advisor, mechanic dan bahagian kewangan.


KEDAI : BEST AUTO WINDSCREEN
LOKASI PUCHONG (KINRARA)
ADA BRANCH KAT SHAH ALAM



BOLEH TENGOK WEBSITE : BESTAUTOWINDSCREEN

Aku rasa most of our concern is whether cermin double layer ni original as what he said. So staff tu bagitahu, cermin ni memang original, tapi dorang jual murah tak ambil mahal, I don't know why, dia tak bagitahu kenapa.

so perbezaan dia:


original from date of purchased in 2016

cermin ganti dari best auto windscreen



perbezaan dia simple, nombor siri sebelah SN tiada di cermin yang baru. bila aku tanya dia cakap "every batch windscreen akan produce different code logo" we can always go to Perodua to check and confirm if this windscreen is original or not. So kalau korang tengok logo windscreen tu boleh tau tak tu original ke tak?
aku tak pergi cek pun. Bila dia cakap tu, legit la kan. Anyways, kalau pergi service perodua nanti I will ask.

so that's all, bila berlaku kejadian macam ni..tenang..survey dulu bengkel. Banyak sangat bengkel boleh pilih nak dekat nak jauh, nak murah atau nak harga standard. Nak tukar yang tak ori pun boleh. Suka hati la, kereta korang.
ni bukan kereta aku so.. kena ganti betul la. hehe. lagipun, baik amek yang original terus la..

okay bye. harap bermanfaat.





Wednesday, January 31, 2018

MASTER/POSTGRADUATE IN UPM - HOW TO START

Hi, currently I am a new postgrad student in UPM (UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA). In this short post I will list the step taken to apply and register for the course that you are interested in. I am doing coursework so my step is more towards this path.

First of all, what you need to have is the degree or the bachelor. It doesn't matter if you didn't yet finish your study as long as you are in the final semester of your bachelor degrees you can already start APPLYING FOR IT.
Normally, at the end of the final semester the universities will start doing its marketing on their postgraduate courses. If you are free and have time for this, PLEASE GO TO THEIR EVENT, listen to the talk and get a voucher for a free application. Student who apply without the voucher need to pay RM63.60 (AS FOR 2017)

SIGN UP HERE
http://www.sgsportal.upm.edu.my/j2ee/portal/Admission/RegisterApplicant.jsp

PLEASE PROVIDE REAL INFORMATION.

after you are done with the sign up process, you will need to choose you kind of study between research or coursework ( UPM currently have this two only)

Fill all the important space and if you are thinking about doing research (please provide your research proposal)

student who already have someone they know to become their supervisor also could give the name in the applying section.

for student who still haven't finish their studies, please provide your soft copy of transcript from the first semester till the previous semester.

choose your faculty and your course. (THIS IS IMPORTANT)

make sure all necessary space are filled or your application could be rejected and your money will be wasted if you didn't do it correctly.

the applying process is very simple.

IF YOU ARE APPLYING FOR TESL POSTGRAD/MASTER ( be prepared for an interview)
I am not sure about other courses.

if you need help, just buzz me in the comment section or email me at akucaptainhero@gmail.com

I will try to help you as much as I can.