Friday, April 7, 2017

Itinerari: Into the land of Kimchi..and seaweed. (Part 2)

Assalamualaikum.

hari ni rajin sikit nak sambung posting..
Baca part 1 sini 

tapi aku nak citer rate kat sana lebih kurang 1000won = rm 4.
1000 won kat sana boleh beli air mineral 500ml. so korang leh faham kat situ betapa duit kita jatuh waktu aku pergi ni.


alright, ready dah?

okay sebelum tu aku nak bagitahu dalam itinerary yang diorang provide untuk first day hari kitorang landed di Korea ni jadualnya :

1. transfer tu chuncheon.
2. Nami Island with ferry ride (winter sonata shooting place)
3. transfer to Mount Sorak National Park/ Shinheungsa temple)
4. Check in at Mt. Sorak 

L: Halal Spicy Stir Fried Chickern @Namiok
D: Grilled Fish @Teotgol

..

Masa mula mula kitorang sampai tu,   Zahraa bagitahu dah, kita singgah toilet untuk buang air kecik je, salin baju nanti nanti, tapi ramai orang tak dapat mesej tu kot, dorang salin baju semua, jadi lambat la sikit kat situ padahal banyak benda lagi nak setel. 

Masa kat bahagian imigresyen tu, Damia nangis kuat sangat. Dia dari naik flight lagi nangis tak berenti, tak pernah pernah sebelum ni, tapi mungkin dia penat sangat, perjalanan jauh sangat dia dari johor ke puchong, pastu puchong gi klia2 . tu cranky tu..

Sebab Damia nangis, kakak, and abang ipar aku, sekali Damia la dapat fast lane (eh best pulak), so dorang setel awal. boleh siap salin baju, pampers Damia lagi. kira laju la, memang laju pun, aku beratur ada dekat setengah jam kot. Ramai sangat orang,

Lepas dah setel kat bahagian Imigresyen tu, amek luggage semua and proceed keluar untuk salin baju semua. kejap je, Rushing sangat. pastu terus gerak keluar airport, masa tu, bas kitorang dah ada, ada yang tolong angkut angkut barang, pompuan dan laki korea. aku macam blur sangat waktu tu, bagi beg pastu terus naik atas.

Masa naik tu, abang ipar aku naik dulu, dia pilih seat belakang sekali, kira kalau naik bas, bahagian belakang la paling aku anti, takot nak muntah, terlompat lompat segala. hahah. tapi sebab abang ipar aku dah pilih situ, aku and kakak aku amek seat depan sikit dari dorang.


Dalam bas, Zahraa perkenalkan yang pompuan korea tu akan jadi tour guide kitorang sepanjang perjalanan, dan akan naik bas yang dipandu pakcik tu selama 5 hari 4 malam kat korea ni. hehe. dalam tu dia ajar la sikit sikit bahasa Korea.


so, perjalanan kitorang mula untuk ke Nami, akan lalu highway, aku perati kat highway Korea ni...banyak sangat tunnel. lebih 10x aku rasa lalu tunnel. Penjelasan tour guide dia sebab korea ni, banyak bukit.  #history

Lama gak perjalanan, dalam sejam lebih gak, so rehat la dalam bas tu, bas selesa wei, ngan cuaca sejuk sejuk, memang best. hehe. Duk belakang pon tak rasa terlompat.

Sampai kat jeti nak pi pulau nami tu, naik ferry. 5 minit je perjalanan, sebab pulau Nami ni dia kat sungai Han tu. jarak tak jauh pun dari land. tapi mencabar kat fery, sebab sejuk and berangin, baju lak nipis. anak sedara aku la paling bravo. Tahan sejuk. If korang tak tahan sejuk, ferry tu ada bahagian dalam, masuk je dalam tu terus rasa macam dunia berbeza weh, sebab nyaman sangat, ada pemanas dia. haha. So if korang macam taknak lepak luar, boleh lepak dalam.

Sampai kat Nami, Lee zjhi tu gtaw spend waktu kejap je, dalam sejam kot. So kitorang pon bergambar la acah acah winter sonata(citer korea dulu dulu).



 makan pau dia harga 1000 won (rm4) halal, zahraa kata halal.


Kat Nami Island, banyak statue seksi seksi jenis mak anak bagi susu gitu. aku pun tak paham maksud dia.


Setel tu kita gerak la balik, tak solat sini pun sebab masa tak mengizinkan.

Dalam bas Lee zjhi tu gtaw, kalau boleh waktu lunch nanti sekali solat terus sebab kita tak sempat waktu nak gi Sorak Mountain, last cabel car jam 5. perjalanan take time dalam 2 jam ke 3 jam gitu katanya. So dia tanya kita boleh tak spend 40min je untuk makan and pray, if tak besok kena buat aktiviti tu, and if buat besok. waktu jadual lain akan singkat jugak. So kitorang setuju untuk cuba makan dan solat dalam masa 40 min je.

Sampai kat restoran tu, bbq halal restaurant, aku and ramai gak la perempuan perempuan lain gi solat dulu. lepas siap solat terus aku gi makan.. makanan tu kita goreng sendiri, nasi, ayam, sayur.. ada side dish kimchi, salad.. Alhamdulillah, semua orang pun on time. tepat 40min kita gerak. tapi Ms Lee gtw gak, takut tak sempat, bawak laju bas takut bahaya so kitorang doa je dalam hati mintak mintak sempat.


So, alhamdulillah, kitorang sampai before pukul 5. betul betul on time untuk last cable car naik atas mountain.

Enjoy kot kat situ, sebab sekarang masih peralihan musim, sempat la merasa main salji kat sana. Ehehe.



Lepas tu kitorang turun untuk melawat temple, tapi aku tak pergi, macam jauh je nak gi belah temple tu so kitorang bergambar kat bridge yang takde orang lalu. hehe

Masa tu sejuk sangat, sebab kawasan berbukit, ngan ais tak cair lagi. sejuk sangat...

dah setel semua tu, naik bas semula untuk gi dinner pulak, makan ikan sardin hehehe.






mackerel dia lain ngan kita makan kat sini, sardin kita biasa makan dalam tin tu kan. aku la. Tapi kat sini diorang goreng, segar ikan tu. rupa dia macam ikan bakar, tapi sebenarnya dia goreng. Kalau nak bagi perumpamaan, dia macam ala ala ikan rebus korang tak abis makan semalam, hari ni goreng, aa macam tu. tapi best wei kat tempat makan tu, ikan besar, side dishes semua boleh tambah tak charge pun. sedap pulak tuuu. rindu pulak. hehe


dah setel dinner, kita gerak balik untuk check in malam tu, kat ipark condo.

kat condo tu, bilik besar, ada tandas water heater, aircond dia pulak balut ngan kain, haha, if nak angin bukak je pintu koridor. Sejuk sangat pulak if bukak, tak bukak macam dalam heater je bilik. haha. tapi bilik tu cukup lengkap la, ada peti, ada tv, ada barang barang dapur semua cukup lengkap.





Jadi trip hari ni, setel kat sini, nanti if ada masa aku sambung lagi. next trip to EVERLAND yeaaay!





#wiyatravel #wiya #malaysia #korea #kimchi #seaweed #namiIsland #MountSorak #sorak #mountain

Sunday, April 2, 2017

Itinerari: Into the land of Kimchi..and seaweed. (Part 1)

kat sini aku akan kongsi perjalanan kitorang pergi Korea Selatan (Seoul). Kitorang satu famili pergi pakej under Wiya Travel untuk musim Bunga 22-26 March 2017.

kita start post dari  KLIA 2 la yer. by the way, ni first time aku travel jauh, cuak gak and mungkin dalam ni ada post yang bosan untuk korang tapi aku nak citer gak sebab tu pengalaman berharga bagi aku yang first timer ni. heheheh.

Perjalanan kami bermula dari 21 haribulan lagi sebab tiket flite 22 hb tu jatuh jam 1 pagi, nak tak nak kena check in awal la kang terlepas flight. kitorng decide akan ada dari jam 10 lagi kat KLIA2. Bila sampai kat sana, ejen dari Wiya Travel dah ada. Zahraa namanya. dia duk lambai lambai. Aku nampak kakak aku dulu, sebab dia dah datang awal dengan husband and anak dia, Damia. Anak sedara aku la, umur 2 tahun join trip ni jugak. aku menumpang kakak aku aa. Dia yang belanja aku and adik aku. jadik kitorang pergi berlima. TERIMA KASIH KAKAK. 


Kakak aku bagi name tag Wiya Travel nak letak kat luggage. nasib baik gak dorang sedia, aku memang dah lupa terus nak tanda beg aku tu. hehe











 and untuk pengetahuan korang, aku bukan peminat KPOP, tak tengok citer korea, tak pernah amek tahu pasal korea dan segalanya la pasal Korea (kecuali kes jong nam korea utara dan kes president dia tu), tak pernah masuk list pun nak gi Korea. tapi Alhamdulillah, sebab orang belanja, kita sampai jugak. Mama kata, niat dalam hati nak travel tengok negeri orang, tengok ciptaan Allah.


Husna




Sementara menunggu geng geng travel under Wiya sampai kitorang lepak lepak kat tepi tu. Ada acik and abang ipar aku, famili mertua kakak aku tolong hantar kitorang sekali. Husna anak sedara aku dah sedih dah, aku pun sedih nak tinggal dia. Lama gak kitorang duk sama-sama kat sepang haritu kan, jadi nak tinggal rasa sedih.





Bila semua dah sampai, kitorang proceed kat kaunter untuk check in luggage. Semua setel, aku punya barang 10 kilo total.

Sebelum masuk bahagian pelepasan antarabangsa tu, adik aku minta nak gi makan KFC, sebab dia belum dinner., Zahraa kata, dalam flite dorang akan hidang 2x makanan, jadi boleh pilih nak amek untuk dinner or breakfast. aku dah dinner rumah acik and tak ikot la Ilham. Kena masuk sebelum pukul 12 kat bahagian antarabangsa, sekarang baru kul 10 lebih.

masa nak check kat imigresyen, kakak ajar aku pergi guna mesin, kakak takleh guna mesin sebab dia bawak baby, dia kena gi kaunter, senang je pakai mesin tu, sebab ada banyak and memang user friendly, kau letak je pasport atas tu and dia scan.

waktu tu memang smooth, tak beratur panjang pun, tak ramai orang pilih flite waktu pagi kot. memang laju aa setel semua.

sebab kitorang masuk awal, kitorang lepak dulu dalam tu tunggu ilham. lepas  baru gerak nak gi gate 112 kalau tak silap.. masa scan barang hand carry tu. lawak sangat, sabun sebamed kakak and deodorant Ilham kena rampas. sedih woi. tapi nak wat cane, langgar peraturan kan. patut lebih 100ml masuk luggage kargo. tapi cane tah leh terbawak. part lawak sebab Kaya Ilham pun kena rampas. tuan tu duk suruh ilham kuar kan benda yang macam gel gel dalam beg dia, Ilham pun lupa ape benda la gel gel. ahha, bila keluarkan kan semua..ada roti dua bungkus and Kaya sebekas. kena gelak sebab bawak Kaya nak makan kat Korea... well, kita cheapskate, jimat selagi boleh.



dari kaunter scan tu nak ke gate 112 tu ya Allah jauhnyaaaa. pastu sebab tadi air yang isi dah buang, nak isi semula dari gate 112 tu pusing balik jauhnyaaaaa sebab kat depan tu je water heater yang function, yang lain rosak.

Okay setel lah, nak dekat jam 1 pagi, kitorang pun masuk la kapai terbang.. bermula la perjalanan kami ke tanah Kimchi dan Seaweed. Hehe.

Dalam flite, agak panas, naik air asia. Sebab waktu malam, dorang tutup lampu ready nak tidor, pastu bukak balik nak hidang makan, lepas semua setel makan, tutup lagi, kemudian waktu pagi jam 6 macam tu dorang hidang makanan lagi. (2 jam selepas gerak dan dua jam sebelum sampai makanan dihidang)

Dijangka tiba jam 8.25 pagi waktu korea.

ni first time aku solat dalam kapal terbang, solat kat seat macam tu je, amek wudhu kat toilet.

dorang hidang makanan nasi lemak, aku sakit perot la pulak, so ni first time jugak buang air besar dalam flite. wuuwuwu. keseksaan sungguh lah.

By the way, Aku pilih amek breakfast berbanding dinner sebab dalam itinerary dah bagitau, and Zahraa bagitahu lagi yang perjalanan kami dari airport terus ke Nami Island dan segala tu, untuk next makan makan tu waktu lunch pulak, so taknak bagi kelaparan giler, breakfast la jawapannya.

Oh, lupa nak bagitahu, dalam flite tu, cabin crew akan bagi borang suh isi, borang declaration semua la, kena isi terus dalam flight sebab nanti jadi lambat waktu nak cek imigresyen sane. Hehe. so korang jangan lupa isi borang tu semua, banyak jam dalam flight tuuu..






waktu pagi jam 5 macam tu..langit dah agak cerah. jam 6 ke 7 tu memang cerah sangat dah. Boleh nampak kat bawah laut, bangunan semua... Kita nak sampai Korea dah..hehe
Tepat jam 8.15 kitorng sampai ke Lapangan terbang Incheon, Korea selatan. Sampai awal dari jangkaan. Alhamdulillah.



(kita sambung nanti pulak)

baca part 2 kat sini

#wiyatravel #wiya #malaysia #korea #kimchi #seaweed