Saturday, December 28, 2019

Master Thesis vs Master Dissertation

So apa beza dua benda ni?

Sebelum tu, aku nak bagitahu aku ni student UPM, dan aku dalam tahun akhir dah. Aku google mengenai dissertation tak jumpa apa pun, jadi aku nak kongsi dengan korang semua apa itu dissertation.
untuk pengetahuan semua,  syarat untuk grad dan bergelar pelajar master bergantung kepada course dan syarat syarat universiti.

masa register master pelajar akan diberi modul lebih kurang sebagai guide book atau panduan untuk kita. Untuk pengetahuan semua, aku ambil coursework.

coursework adalah berbeza bagi setiap universiti dan program.

bagi student master science, mereka perlu siapkan thesis, thesis ni boleh jadi beberapa tahun nak siapkan .. dan dorang tak wajib attend kelas . cuma aku pernah je tersempak dengan budak science ambil kelas research method , statistic.. sebab nak belajar...


beza dengan coursework dekat upm, aku kena attend kelas, dan juga buat dissertation. dissertation ni macam project paper. boleh pilih nak buat qualitative atau quantitative . beza dengan thesis, dissertation ni macam potato je.
kita akan diberi dua semester untuk siapkan, dia panggil semester pertama kita register untuk dissertation ni part A : semester ni, kau wajib siapkan proposal dan dapat result S (lulus) , chapter 1, 2,3 .. pilih tajuk dan buat..

part B: yang ni mencabar sikit kau kena siapkan chapter 4,5.. kalau buat quanti kau kena buat survey ...

ramai member aku differ semester sebab tak mampu nak siapkan..
bagi sesiapa yang ada perasaan macam ni, aku nasihatkan tolonglah teruskan.. kita punya dissertation bukan macam thesis. ni adalah subjek sahaja. kau buat je dan result nanti jarang sangat yang failed.
range result adalah dari A-F (gred biasa) sebab ni adalah subjek sahaja.

untuk pengetahuan semua, kita ada presentation jugak.  kalau thesis dia panggil viva kan, kalau dissertation dia panggil seminar (kadang ada juga yang panggil viva, tapi viva kita potato je).

nanti dalam bilik tu, akan ada kawan kawan kita dan examiner tu je, tkde la defend teruk pun, kau tak mampu defend pun kau pergi je, takyah takut. yang penting content kena ada macam presentation biasa. infact presentation dalam kelas lagi seram dari presentation yang ni. hahha

so itu je,ada pape nak tanya boleh comment ya.