Saturday, December 31, 2011

2011 tata..salam 2012

4jam lebih lagi..... 

hari-hariku...
sepanjang tahun ni..
saya buat apa?
saya habiskan masa..baca diari 2011 saya..tak lengkap. tapi cukup buat saya rasa macam..entah pape..
kadang-kadang penuh dengan aktiviti, hostel macam hotel, jadi tempat salin baju and tempat tidur je, kadang-kadang..kosong je..takde buat apa pun.. makan tidor..tidor dan tidor..

saya bosan..jadi baca cerita 2010, apa azamnya.. baca balik diari 2009...2008.. tiap tahun buat azam baru..tapi bila reflect.takde pape pun..takde yang berubah..

saya cuba bahagi masa...masa untuk belajar.masa untuk berhibur, masa untuk keluarga..masa untuk ....masa untuk Allah..

tapi.. saya lambat sikit sedar yang..kenapa kita nak bahagi masa untuk Allah.. bila setiap detik, setiap kali kita bernafas..setiap saat yang berlalu dan bakal kita lalui...semua tu sepatutnya memang untuk Allah..bukan hanya waktu kita solat 5 kali yang fardhu tu..


selamat tahun baru 2012..

p/s: sayangnya nak tinggalkan angka belasan.. 

Friday, December 30, 2011

Pandangan kita-kita.[akulah] [2]

kadang-kadang kita cepat sangat buat conclusion sendiri..

tak fikir panjang..  kita dah tambah satu dosa  untuk diri ..tak cukup banyak lagi ke?

[1]

A: bla bla bla..[sedang bercerita/bertanya]
B: [senyap..tak layan..]
A: ish budak ni.. marah kat aku ? [sambil bising-bising.] C, tengok la B ni.. dia marah kat aku, merajuk, kenapa dia berubah er sekarang?
B: [baru sedar ada orang cakap pasal dia..] mengata er..?
A: tak delah
B: aik.. [fikir si A marah dia..]


maka senyap dua-dua..bergaduh lah..


mungkin.. Si B tak layan sebab dia pikir mende lain masa tu.. mungkin dia ada masalah.. kadang-kadang, kita cepat sangat wat konklusi sendiri.. pentingkan diri..itu kita..Si B,, sepatutnya minta maaf la jugak.. sebab salah dia/walaupun tak sedar terbuat salah..


[2]

kite janji ngan kawan kita...nak jumpa sekian2..
tapi kawan kita tak sampai2..atau lambat sampai...
apa yang terjadi, ? ramai antara kita yang menyumpah2,,paling kurang bersungut..[betul ke perkataan tu?]
tapi bila kita taw yang sebenarnya ada sesuatu yang terjadi yang buat kawan kita tu tak dapat penuhi janji dia...kita rasa bersalah sangat.. ada kita mintak maaf? tak ramai jugak yang buat macam tu...


[3]
ada satu masa, kita ingat kita dah betul, tiba-tiba, orang buat tak ikut apa yang kita rasa betul, kita rasa marah, kita rasa bengang..

perkara yang sama terjadi.. orang tu pun ingat dia dah betul..jadi bila kita buat lain, dia marah, dia pun rasa bengang.


masa ni, cuba duduk semeja. berbincang, masa ni..hilangkan sikap ego. sebab sekarang kita cuba nak cari penyelesaian.. kita berdua ada rationalnya mengapa kita berdua buat macam tu..
mungkin benar kita betul.. tapi mungkin cara kita salah...mungkin sebaliknya.. :)


dapat tak?

cuba fahami orang lain,respect.  jangan selfish sangat, sebab otak kita lain-lain. cuba hormat pandangan orang. kalau tak setuju pun, jangan la bengang2...bawak merata2 pasal tu..orang yang tak taw pun tiba-tiba terlibat sama... bincang la elok2 dengan empunya diri....insyaAllah, dapat penyelesaiannya..kalau pun tak dapat, sekurang-kurangnya, kita tahu rational nya.

[4]

kawan kita ada terbuat silap, kita tak tegur sebab... kita anggap dia dah tahu, dia dah besar, dah hidup berbelas tahun kat dunia ni..kita pikir, takkan dia tak tahu lagi.. takkan kita nak tegur mende macam tu, pikir sendiri lah..

tapi mungkin benar dia tak taw..or..lupa?


dia terus buat sebab dia tak tahu yang benda tu salah... yang hinanya kita..sebab hakikatnya kita tahu..tapi kita tak ingatkan..






...
kita taw, tak semestinya kita betul..
kita betul, tak semestinya kita taw..

positif.kan lagi baik..[untuk certain perkara..]






p/s : lessonplanlessonplanlessonplanlessonplanlessonplanlessonplanlessonplanlessonplanlessonplan.you.make.me.crazy.




Tuesday, December 20, 2011

bakpe Allah suruh kite Solat..

sangat simple tapi menjawab.
http://dhiah.com/dialog-9-kenapa-tuhan-suruh-kita-solat/

Dialog 9 (Kenapa Tuhan Suruh Kita Solat?)

Pada suatu petang yang berbahang (dek teriknya mentari dan keringnya udara) anak-anakku telah bertanya kepadaku tentang faedah solat. Pertanyaan itu terbit ekoran daripada tindakanku menegur salah seorang daripada mereka yang solat terlalu laju tanpa toma´ninah.

Anak: Kenapa mama suruh kita orang solat?

Aku: Bukan mama yang suruh nak, mama cuma menyampaikan apa yang Tuhan suruh.

Anak: Apa faedahnya solat tu mama, kadang-kadang rasa letih bila solat (buat muka letih).

Aku: Ada sesiapa boleh beritahu mama, agaknya mengapa Tuhan suruh kita solat?

Anak: Mmm, supaya syaitan tak ganggu kita?

Aku: Tuhan boleh fardukan kita supaya membaca al-Quran sahaja kalau tak nak syaitan ganggu kita. Tapi, mengapa Tuhan fardukan sembahyang? Dan mengapa lima waktu? Mengapa tidak sekali atau dua kali sahaja?

Anak: Mmm, supaya kita boleh berdoa macam-macam kepada Tuhan?

Aku: Jika sekadar untuk berdoa, Tuhan boleh fardukan kita supaya mengangkat tangan ke atas dan kemukakan apa yang hendak dipinta sahaja tanpa perlu sembahyang. Persoalannya, mengapa Tuhan mewajibkan solat ke atas kita?

Anak: Mmm, supaya kita jadi orang yang baik?

Aku: Pandai! Supaya kita menjadi manusia yang baik. Ok, sekarang boleh terangkan kepada mama, macam mana solat boleh membentuk kita menjadi manusia yang baik?

Anak: Mmm, macam mana ya? Bila kita solat mama tak marah, tak denda kita?

Aku: Ok, beritahu mama, apa itu solat?

Anak: Mmm, solat itu sembahyanglah.

Aku: Ya, betul. Ok, beritahu mama apa perlu kita buat supaya kita dikatakan bersolat?

Anak: Mmm, angkat takbir, baca fatihah, rukuk, bangun, sujud, salam?

Aku: Pandai! Ok, sekarang beritahu mama, sebelum solat apa kita kena buat dulu?

Anak: Mmm, pakai telekung?

Aku: Betul! Ok, sebelum pakai telekung?

Anak: Mmm, wuduk?

Aku: Bagus! Boleh ceritakan pada mama, wuduk itu apa?

Anak: Mmm, bersihkan badan?

Aku: Bersihkan sebahagian anggota badan, bagus! Ok, sebelum berwuduk, apa perlu kita buat dulu?

Anak: Mmm, masuk bilik airlah?

Aku: Pandai! Ok, sebelum masuk bilik air?

Anak: Mmm, pakai tuala dulu?

Aku: Hihihi (gelak kecil). Ok, betul, pakai tuala. Sebelum tu? Maksud mama, apa yang perlu kita lihat dahulu sebelum kita ke bilik air untuk berwuduk?

Anak: Mmm, lihat jam?

Aku: Bagus, pandai! Tapi, kenapa kita perlu lihat jam?

Anak: Mmm, sebab nak tahu dah masuk ke belum waktu sembahyang?

Aku: Bijak! Tapi, kenapa kita kena tahu dah masuk ke belum waktu solat?

Anak: Mmm, supaya kita solat dalam waktu?

Aku: Pandai! Sekarang cuba beritahu mama semula, perkara-perkara yang perlu dilakukan sebelum solat, ikut turutan.

Anak: Mmm, mula-mula tengok jam. Dah masuk waktu, pergi bilik air, wuduk. Dah wuduk, pakai telekung. Dah pakai telekung, berdiri, kemudian angkat takbir, lepas tu baca fatihah, rukuk, bangun, sujud, duduk antara dua sujud, bangun, bla, bla, bla, dan seterusnya hingga salam. Lepas solat, berdoa?

Aku: Wuaa, pandai! Bagus! Ok, sekarang mari kita persoalkan satu persatu setiap tindakan yang telah disenaraikan itu. Pertama, boleh beritahu mama, jika Tuhan tidak mengfardukan solat, agak-agaknya kita kisah tak tentang waktu? Kita nak tengok tak jam kerap-kerap?

Anak: Mmm, mungkin tak!

Aku: Kedua, jika Tuhan tidak mewajibkan solat, agak-agaknya kita nak basuh tak badan kita kerap-kerap sekurang-kurangnya lima kali sehari?

Anak: Mmm, tak kut?

Aku: Ketiga, jika Tuhan tidak menyuruh hambanya solat, rasa-rasanya kita malu dan pelik tak keluar rumah dengan mendedahkan aurat?

Anak: Mmm, rasa-rasanya tak malu, dan tak pelik!

Aku: Keempat, jika Tuhan tidak memerintahkan kita bersolat, kita sanggup tak berdiri untuk satu tempoh, kemudian rukuk, kemudian sujud, kemudian duduk, kemudian bangun semula, kemudian duduk semula, berulang kali?

Anak: Mmm, tak sanggup aarr, macam penat jerr.

Aku: Bagus! Anak-anak mama semua pandai.

Anak: (Sengeh gigi kapak).

Aku: Ok, setelah menjawab semua persoalan tersebut, sekarang mari kita fikir apa yang tersembunyi di sebalik semua jawapan itu. Yang tersembunyi itulah yang dipanggil hikmah atau faedah.

Anak: Aarr? Apa tu mama? (berkerut)

Aku: Pertama, jika Tuhan tidak mengfardukan solat, mungkin kita tidak akan kisah dengan waktu. Maka hikmah solat ialah, mengajar manusia mengurus waktu. Kedua, jika Tuhan tidak memerintahkan solat, mungkin kita tidak akan menyucikan tubuh kita dengan kerap atau langsung tidak menyucinya. Hikmahnya, solat mengajar manusia tentang kebersihan. Ketiga, jika Tuhan tidak menyuruh kita bersolat, mungkin kita tidak akan berasa malu atau pelik untuk mendedahkan aurat. Maka hikmah solat, mengajar manusia agar menjaga dan menutup aurat. Keempat, jika Tuhan tidak mewajibkan solat, mungkin kita akan keberatan untuk melakukan amalan-amalan yang menjadi rukun di dalam solat yang memerlukan fokus, kesabaran dan disiplin yang tinggi. Hikmahnya, solat mendidik manusia agar berdisiplin.

Anak: (Terlopong, takjub).

Aku: Apabila manusia bijak mengurus waktu, tahu menjaga kebersihan diri, memelihara aurat dan berdisiplin tinggi di dalam hidup, maka jadilah manusia tersebut manusia yang baik. Kesimpulannya, solat membentuk manusia menjadi makhluk yang baik dan bermutu.

Anak: Ooo (angguk-angguk kepala).

Aku: Sekarang, faham kenapa Tuhan suruh kita solat? Atau faedah solat?

Anak: Faham, mama! (menjawab serentak).

Aku: Bagus! Moga Allah merahmatimu. Amin.

Anak: (Bertebaran mencari telekung).

Aku: Ehmm, wuduk dulu ya.

Anak: Eh lupa! (berlari ke bilik air).

Aku: Harr, tengok jam dulu, dah masuk ke belum waktunya?

Anak: Aisey, lupa lagi (keluar dari bilik air, berlari tengok jam).

Aku: Hahaha (gelak bahagia).

Friday, December 16, 2011

JOm.. :D

jom tengok video2 OSEM..

kat http://angelwearsgucci.blogspot.com


ummah films.. : sorry trlmbt 1minggu, bru dpt online secara smooth..

so, what will people say?

whatt?