Wednesday, July 12, 2017

Itinerari: Into the land of Kimchi..and seaweed. (Part 3)

Hi, lama tak sambung posting gi negara orang. (GAMBAR NANTI LA AKU SHARE EH)

Post ni maybe would be the last one walaupun sebenarnya aku ada lagi 3 hari kat Korea after this part. Lagi best sebenarnya sebab 2 hari last merupakan waktu shopping and ada kejadian unexpected disebabkan demonstrasi kat korea - hal presiden kena pecat tu.  (nota berterabur - aku tak catit betul, I am so sorry)

Jadi macam yang aku janjikan part ni aku akan sambung cerita travel. Location trip seterusnya ialah ke Everland. Korea ada banyak gak la Taman Tema ala ala Disneyland tu tapi yang aku buat research Everland yang best la sebab ada banyak games outdoor plus so so big. (thumbs up Wiya for good choice!)

...

Hari sebelum tu kan kitorang menginap di IPark Condo - bilik best.
Pagi tu after breakfast (aku makan cereal and susu je) kitorang terus gerak ke Everland. Yey!!
suhu pagi tu 5c, sejukkkkkkk

untuk ke Everland dari Hotel ni perjalanan mengambil masa selama 2 hingga 3 jam, lama giler sampai aku bebel bebel kenapa la duduk jauh sangat tak pilih tempat dekat sikit. Bazir waktu sangat!. 

On the way tu, ada dalam 40 minit nak sampai tempat tuju bas tu berhenti satu tempat ni nama dia Yeoje Service Area. ni lebih kurang RnR la kalau kat Malaysia, cuma tak berenti makan just berhenti untuk ke tandas. Kat sini macam biasa kitorang turun dari bas dengan bawak botol kosong masing masing sebab tak reti (tak biasa) la den nak membuang hajat tanpa air. hehehe. kat sini Lee Zjhi bagitahu jangan makan sebab tak tahu status kehalalan toyyiban dorang. 


lepas semua dah bersedia dan selesai buat kiraan orang bas pun gerak semula. Perjalanan ke Everland ni laluan dia masuk bandar sikit so boleh la tengok keadaan  bangunan yang dekat dekat serta jalan berbukit bukit yang rapat. Sebelum berhenti kat Everland, Zahraa bagitahu akan lunch dulu. hee. Okay je sebab memang lapar giler dah ni. Restoran yang kitorang makan nama dia Thai Siam. 
Makanan kat sana, okay lah.... boleh telan haha. korang jangan la expect dia punya Tomyam tu macam kat Malaysia atau kat Thailand tu, nak betul sedap gi makan kat sana sungguh. Makanan dia mengenyangkan lah!. alhamdulillah.


EVERLAND
Habis je semua orang setel makan minum kita terus bergerak ke Everland. Zahraa dan Lee zjhi bagitahu spend waktu kat sana 3 jam je..HUHUHU. sedih betul part ni sebab ticket dapat yang all day pass tapi boleh spend waktu 3 jam jee. Dahla tempat tu luas, lagi besar dari USS katanya. Tapi normal la kan nama pun pergi ramai ramai under agency. Semua jadual itinerary kita dan agreed beforehand lagi, so mana boleh complain kan, ada tempat lain lagi nak melawat. Sempat main beberapa games je, yang paling hebat Roller coaster dorang lah. Kalau pergi Everland jangan lupa try tau! tapi kat sini so sad satu perkara, takde makanan yang confirm halal! jadi if rasa korang cepat lapar, bawak la makanan sorok sorok. Hehe. aku pergi tu dia takde pun check apa apa.


NAMSAN SEOUL TOWER
lepas 3 jam menyeronokkan diri kat Everland, kitorang naik bas untuk menuju ke Namsan Seoul Tower pulak..jalan nak pergi Namsan Seoul Tower ni lebih kurang macam nak pergi menara sight seeing kat Sabah. Jalan dia berpusing pusing naik bukit. Bas tak boleh naik sampai ke atas pun, kena parking kat bawah tak jauh pun jalan dalam 15 minit kot. Penat la sikit sebab bukit kan kena mendaki. laluan nak naik tu pun lawaa sangat dengan pokok pokok tapi takda daun daun. HAHA! kitorang amek gambar on the way turun sebab waktu naik tu ramai sangat orang...

Kat atas tu ada menara Namsan yang tinggi, nak naik atas tu kena bayar tak include dalam package so kita just jalan jalan kat bawah tu je, pergi depan sikit ada laluan nak ke tempat orang gantung mangga tu, dalam drama famous la tempat ni, Pelancong ramai gantung mangga tanda cinta. HAHA.
Ada satu kerusi tu dia bentuk senget tu, rules dia kena duduk dengan pasangan or berdua.. aku gi duduk sorang sorang! orang kata tak boleh. aah orang kata macam macam ikut korang la nak percaya ke tidak. HAHA!

DALIN LAVER MUSEUM - Halal
Next location ialah kilang buat seaweed sekali muzium lah. dalam tu ada ajar cara buat kimchi gak. aku sebenarnya dah start lupa pergi muzium ni dulu ke gi seoul tower dulu eh? Haha. lantak la yang penting kejadian ni berlaku pada hari yang sama. Kat kilang ni pekerja dia cerita la camna seaweed dibuat, amek kat mana, apa proses dia.. siap boleh try yang dia buat depan kita. banyak la makan. hehe. Pastu pergi satu bilik ada buat kimchi pulak. Belajar la cara buat kimchi dengan instructor tu. yang lawak aku ingat kimchi yang kitorang buat tu dia nak bagi simpan wat balik malaysia tapi dia mintak pastu letak dalam plastik macam nak buang pun ada. SEDIH wei. HUHU!

Pastu tu kitorang berpeluang mengenakan pakaian tradisional Korea iaitu Hanbok. Best la kat sini boleh tengok macam macam jenis pakaian, cantik cantik semua. Kalau tak pandai pakai takpa, ada orang bantu. Lepas siap berpakaian ada sesi bergambar kumpulan.

Kat sini jugak adik aku beli susu pisang yang famous tu, rasa dia okay lah, sedap. Tapi tu first and last aku minum sebab aku kedekut nak beli lagi. Tak minat sangat pun rasa baik beli susu lembu perisa strawberi, jagung apa  kat pasar tani tu, lebih kurang je rasa, murah pun murah lagi. HAHA #riwayathidupcheapskate

kat sini gak aku buat pilihan tak berapa bijak kerana telah membeli seaweed 5 paket berharga 11000 WON - RM44 yang mana aku boleh dapat lagi murah kat tempat shopping. HUHU.


DINNER - TAJ PALACE- ITAEWON

Dinner malam kedua ni merupakan makanan India. Pergi korea tapi makanan korea payah sangat nak jumpa pun! hehe

best makanan kat sini, buffet! bertambah tambah makan. Tandas kat sini special, lebih kurang tandas kat Jepun aku rasa walaupun tak pernah pergi Jepun tapi duk baca baca macam lebih kurang je gaya dia. HEHE

SEOUL MOSQUE
Masjid kat seoul ni bertempat di Itaewon mungkin disebabkan majoriti umat Islam ada kat sini or vice versa masjid ni dibina disini menyebabkan ramai umat Islam ada kat kawasan ni, ramai foreigner lah kalau nak cakap sebab even our tour guide pun bagitahu yang agama Islam adalah minoriti disini. yang ramai Free Thinker. Kitorang singgah masjid ni sekadar untuk melawat sebenarnya sebab kejar masa, Lee zjhi yang teman pergi, tak ramai pun yang ikut sebab kena berjalan kaki agak jauh dari tempat dinner tu plus naik bukit so agak penat tapi kitorang yang pergi ni nak merasa tengok so bila sampai sana ada yang pergi solat, Lee zjhi macam terkejut tapi dia Okay je, cuma nampak la muka dia macam cuak sikit sebab kejar masa kan. Thank you Lee Zjhi sebab memahami! (thumbs up!) Disebabkan ada yang solat, so aku and famili aku pun pergi solat la jugak, masuk dalam komen aku kebersihan dorang kena jaga la sikit.. dalam masjid banyak tulisan indonesia mungkin ramai indonesia kot yang jaga masjid. tak tahu la tu. Alhamdulillah sempat merasa solat di masjid negara orang, aku syukur sangat.

GOLDEN CITY HOTEL
PENGINAPAN 
Untuk 3 malam terakhir kitorang stay kat hotel ni, lupa pula exact location dia kat mana, tempat ni agak jauh la dengan subway (tak merasa naik pun). So if nak pergi mana mana tempat tumpuan malam malam kena amek teksi.

Hotel ni best, walaupun kecil lagi dari kat Ipark Condo tu, WIFI DIA LAJUUUUU! siap boleh buat video call dengan keluarga tercinta kat Malaysia! boleh update gambar, boleh surf internet, best lah..and kali ni, air cond dia tak balut dengan kain walaupun dia ada tingkap yang boleh je nak bukak, haha!. kitorang On aircond tapi set suhu 28 celcius gitu, jadi macam heater pulak, Very niceeee sangat perasaan dia tu. Hehe. Iron dia tak sedia, aku iron baju and tudung pakai pengering rambut yang ada sedia dalam laci meja, jadi je cuma lambat sikit laa.

Kat sebelah hotel ada mart, boleh beli apa apa yang nak beli, makanan ke...minuman kee...tapi check dulu laa halal ke tak yea? Kami beli butter chips tu, best! siap wat balik Malaysia berbungkus bungkus nak bagi famili try jugak, lain dari yang lain chips yang ni, rasa masin manis macam tu, sedap!






#wiyatravel #wiya #malaysia #korea #kimchi #seaweed #everland #dalinlavermuseum #Tajpalaceitaewon #itaewon #Goldencityhotel #namsanseoultower

No comments: