Banyak jugak artikel yang ajar macam mana nak buat, ada yang menarik, ada yang terlampau aku rasa tak kena dengan agama dan budaya, takpalah, kita dah besar tapis la yang mana okay dan yang mana tak okay tak payah buat kan.
jadi, ada satu artikel tu dia sebut ada dua cara untuk buat bachelorette party,
lupa nak cakap, sebenarnya antara benda yang buat aku bermotivasi untuk teruskan majlis ni (aku boleh je kot cancel memandangkan Yna taktahu pun plan aku nak buat sebelum tu) adalah lepas aku message sorang lagi member aku nama Bee, dia stay kat johor, dan aku tanya dia, kalau aku buat majlis nanti dia nak datang tak agak agak. dan jawapan dia ya. kalau tak ganggu waktu apa apa. dan bila aku bincang tarikh dengan dia, rupanya tu waktu cuti sekolah (dia guru sekolah) dan dia boleh ke Selangor semata mata nak meraikan majlis ni. memang terharu teruk masa tu. Thank you Bee. untuk info, Bee ni kawan rapat aku dan Yna, kami belajar sama masa diploma (salah seorang dari sembilan ahli AlBatross) dan alhamdulillah masa degree dapat belajar universiti sama jugak walaupun kami tiga semua kos berbeza. So, memang rapat. dan kemudian aku ajak jugak geng AlBatross lain yang ada di KL. (area berdekatan)
okay sambung balik.
lepas aku tanya Yna tu sebenarnya banyak betul idea yang keluar dari minda dia.
Ada sampai satu tahap nak marah pun ada. eeei geram. Hahahhaha sebab kita dah fikir laaa tapi dia buat kita macam tak fikir langsung. bagitahu tu bagitahu ni sampai malas nak layan. tapi ada jugak la beberapa yang tak terfikir (
thank you bagitahu)
Aku cakap kat Yna, aku nak jemput albatross (
Sam, Maryam) yang ada di KL (memang dia tak
expect Bee) dan ada sorang lagi kawan rapat aku
which yna memang dah detect itu
Nana untuk
party ni. Untuk pengetahuan korang, Yna siap cadangkan Tema tau, setuju jelah sebab majlis dia kan. Aku pun tak pandai. hahahha. so aku buat group Whatsapp bagitahu
tema warna pink putih. A.K.A theme Vivy Yusoff dan bincang semua kat situ.
Masa tu aku gelarkan yang aku nak invite ni sebagai
Team aku, yang pasti Yna hanya
assume Nana dan tiga geng albatross aku sahaja yang boleh
join iaitu Mary and Sam sebenarnya. sebab aku tipu cakap Sarah tak jadi cuti. Aku dah bincang dengan team aku dan kemudian
invite semua geng perempuan
TESL yang ada around KL/ selangor. alhamdulillah gak tak ramai yang ada di KL/Selangor sebab aku taknak ramai sangat takut
crowded, dalam minda aku bawah 12
is nice already. Take noted this is during weekday dan hanya Bee dan Sam sahaja cikgu sekolah yang lain tak cuti. aku masa tu syukur sangat sebab dapat Sarah dan Maryam sanggup ambil cuti sebab nak join majlis Yna ni dan
layankan sahaja hari aku pilih, RABU. rabu weii. ambik cuti pulak semata mata.
dipendekkan cerita, aku
assign AJK untuk
event ni, aku assigned AJK tempat dan AJK
activities.
Sarah, Sam dan Mary - AJK Activities untuk games
Aku dan Bee - AJK tempat
aku ada bagitahu jugak dorang aku ada
dua events, satu makan dan satu lagi karaoke.
So mostly memang aku bincang dengan Bee untuk pilihan tempat. Kesian jugak kat Bee sebab aku agak cerewet pasal tempat ni, banyak yang dia suggest aku reject, alah tempat aku suggest pun dia ada reject gak sebab kata review makanan tak sedap. Haha.
ni antara kriteria pemilihan tempat
- Halal
- Masuk dengan tema pink putih (vivy yusoff) Makanan okay/ sedap
- Private-(nak tempah the whole room/ restaurant tak mampu so dalam minda aku nak restoran atau tempat makan yang nampak exclusive untuk kami je.
- ada dinding boleh gantung wordings
- ada glass wall.
- HARGA BERPATUTAN.
dua minggu tu memang aku sibuk gila kehulu ke hilir
survey tempat beli barang barang yang sesuai
(sibuk dengan kelas lagi) nak mengelat kat yna lagi nak keluar ke mana mana (payah gak aa sebab roomate kan pastu mostly memang keluar berdua. so aku cakap aku nak keluar ngan adik aku lah macam tu.
|
evening high tea |
dipendekkan cerita lagi, minggu
last nak buat majlis baru
decide tempat. banyak restoran dicadangkan, siap pergi tengok sendiri, tanya
face to face, tapi macam tak sesuai. ada yang google cantik bila tanya team dorang taknak sebab takda cop halal walaupun restoran tu kata sedia makanan halal. Pastu problem dekat belon pulak bila fikir balik kena cari tempat yang berdekatan dengan tempat sedia belon
party so jimat sikit caj transport. Nak hantar belon tu kan, sebelum ni aku pilih
cod dari tempat berbeza sebab kat area tu takda tempat jual belon (tak jumpa dalam google ) so caj
cod sampai RM50, semua tu
take into consideration dan
last last Baayah cakap cuba cari kat bangi sentral.
aku dan baayah google review dan ada beberapa restoran yang masuk dalam
list. Aku singgah semua yang dalam list tapi ada gak yang tutup waktu siang rupanya. Aku
end up decide nak buat kat caravan cafe lepas tanya staff dalam tu, nampak friendly sangat. dorang siap sedia yang gantung
wordings bride-to-be, dan belon belon, cuma kena bayar harga pakej la. aku bincang bincang dengan bee, bee cakap mahal. so aku cari area situ rupanya ada kedai jual barang party, tapi takda selempang bride-to-be, so aku pergi sana dan pilih belon, buat pembayaran . sebenarnya nak dorang hantarkan kat cafe tapi caj dorang mahal gak weh, aku ingat sepuluh ringgit macam tu, tapi rupanya walaupun tak sampai 3 km, caj dia RM30,
aku decide nak ambik sendiri.
okay sekarang belon dan ada tempat dah ada, ada masalah besar, kek,
crown, selempang, semua takda lagi weh. Dah la semua yang
bride-to-be request. kat kedai belon tu stok habis dan yang ada semua tak cantik dah
so aku teringat masa aku gi Mid Valley untuk cari tempat , aku ternampak kedai
party ni, selempang dia cantik,
crown dia cantik gak, dan dia ada
wordings untuk gantung tu. so senang citer aku pun tak cerdik gak apesal tak beli terus. Aku dua hari berturut turut singgah midvalley weh. hahahhaha
Tapi bila gi sana aku just beli selempang dan
wordings, sebab
crown dia mahal.
masa ni memang panik.
Aku tanya team aku dan Sarah setuju nak cari
(dia jumpa weh yang cantik dan murah)- sebenarnya Yna tak kisah pun
crown macam mana, yang
design print sendiri pun okay, yang
crown getah okay, yang
crown belon okay, asal ada
crown je,
tapi kita rasa tak sedap pulak nak bagi yang biasa biasa walaupun duit takde, ahhahah)
|
THE TEAM |
okay masalah seterusnya, KEK takda lagi, banyak kedai kek aku pergi semua tak berkenan dan bila bincang dengan
team, kata tak sesuai, first mahal sangat dan second memang tak sesuai. hahahha
untuk
info lagi aku dah
inform dalam group kos majlis ni ditanggung bersama, maksudnya kita akan cuba cari yang paling budget dan
overall cost akan dibahagikan nanti. alhamdulillah aku dan Yna ada kawan kawan yang hati mulia, dorang memang setuju semua.
okay sambung balik, kitorang decide nak
tempah brownies je dari
online baker caj cod tak mahal sebab dekat je ngan tempat dia. dia pun takda masalah nak tulis tulis kat atas tu .
Bagi menjayakan majlis ni, berdasarkan artikel yang aku baca, aku dah siapkan kad jemputan untuk semua kawan kawan seminggu sebelum lagi dan mostly yang aku invite setuju join cuma Nana je tak dapat join semua. aku guna apps Canvas untuk design card.
Hanya geng AlBatross boleh join untuk makan di Caravan Cafe. yang lain (
Dira, Nad, Emiera, Bella) akan menyusul lepas tu untuk Karaoke. Ah lupa nak cerita pasal karaoke. Cari tempat Karaoke ni pun gila gak sebenarnya, banyak betul baca review dan mostly yang best banyak owner non-muslim dan sediakan makanan tak pasti halal ke tak. pastu
came across this one comment dekat facebook kata ada satu tempat lagi best dari yang aku survey tu, dia bagitahu nama tempat tu DIVA KARAOKE, bila aku google, memang gempak weh,
so aku pergi sana dua hari sebelum untuk cek tempat dan tengok ok cantik. aku
decided nak kat situ, siap pilih bilik VIP weh, untuk 8-15 orang. aku book sebelum jam 7, jadi dapat harga murah weeeh, cuma terkilan sikit sebab tak amek pakej sekali makanan dan buat 3 jam.
Bride -to-be topup harga lagi sejam
(mahal la jadi sebab dah after 7)
dalam kad jemputan aku tulis waktu makan di caravan cafe jam 3-5pm tak silap, waktu karaoke pulak 6.30 hingga 8.30 malam tak silap.
(ye sorry maghrib tapi kita gilir gilir gi surau tau).
|
Second session |
1 Hari sebelum Majlis
aku surprisekan Yna, bagi kad jemputan untuk dia gak sebagai tetamu dalam majlis dia sendiri.
( Knowing her, im pretty sure she likes the surprise) sebenarnya aku pening gak camne nak invite bride-t0-be dalam majlis sendiri jadi dalam artikel aku baca dorang siap buat games, bagi emel, surat semua tu, jadi aku cilok la sikit idea tu., malam sebelum kejadian tu Yna tak tidor kat bilik (tidur rumah member lain) jadi aku ada masa untuk persiapan last minit, aku baru tengok video sebenarnya cara nak setup meja untuk majlis. bila tengok video tu dia siap letak macam frame tulis event, ada banyak makanan la senang citer, so malam tu aku buat goodies (buat physical card) untuk bagi kat tetamu dan jugak emoji untuk pegang pegang masa bergambar tu. Atas cadangan bride-to-be aku gi cari lilin firework tu, nasib ada alang alang nak keluar beli nasi je singgah kedai kek), haritu gak aku singgah sekali lagi kat cafe tu sebab nak drop off wordings dan selempang mintak dia tolong gantungkan.
Malam tu tak boleh tidor lena weh.
Hari kejadian
Yna balik lambat, bersiap pun lambat jugak la jadinya. pastu ada masalah apa lagi tah lupa, kena gi fakulti kot. hoohoho.
bila lambat, aku tak dapat nak
collect belon, so
emergency call Mary dan Sam boleh tolong ambil belon kat kedai. Bee dah tunggu kat kedai (sampai paling awal- dari johor) tolong susun meja dan
wordings kat dinding. Sarah sampai lepas tu dengan
crown,
dan Kek? cerita kek, online baker tu memula silap tulis, so dia patah balik dan tulis semula. alhamdulillah semua sempat sebab kami berdua yang lambat.
Yna taktahu aku nak bawak dia pergi mana, cuma mungkin dia dah boleh agak sebab sekejap je dah sampai walaupun dia aku pakaikan
eye mask tu.
Dalam kereta aku buat buat macam semua serba tak kena, sebenarnya memang serba tak kena sebab masalah kek tu, masalah belon tu, masalah
crown, masalah semua laaah, tapi alhamdulillah weh, team aku memang power dorang memang hebat. Aku memang tak boleh buat sendiri semua ni sendiri.
Anyway,
Yna memang kena game la sebab terkejut tengok baayah tu, tengok sarah semua tu. dia
expect Mary dan Nana (tk dapat hadir) je boleh mai sebab tu je kawan rapat aku kat KL/selangor ni.
masa Second event, nak gi karaoke pun dia taktahu aku buat tu, pastu terkejut lagi bila kawan kawan lain sampai. aku cuma terkilan sebab tak sediakan makanan je untuk dorang (seludup lebih lagi makanan) kitorang bawa
balance brownies tu je
enjoy 3 jam dalam tu.
malam tu lepas karaoke lepak sembang ngan kawan kawan sampai jam 10/11 kot kat old town bawah tu sambil makan makan.
aku pun sebenarnya tak sangka semua boleh berjalan seperti yang di plan, most of it actually.
ada kek, ada belon, ada crown, ada selempang bride-to-be dan most important, semua balik perut kenyang dan mostly having fun i hope? hehe. Kita siap sedia games tau.
yep Bella tak ikut tema. Haha.
okay
next post aku akan bagi
organized step cara nak
handle party. aku siap buat
evaluation form (sebab sem tu belajar evaluate events untuk administrator, hahaha)
P/s : Thank you again kat Mary, Sam, Sarah, Bee, Dira, Nad, Emiera, Bella dan Fauzan sebab hadir dan memeriahkan majlis.