Sunday, August 25, 2019

BACHELORETTE PARTY UNTUK BESTFRIEND! - Part 3

Okay post ni dedicated untuk bagi step untuk handle party. Aku rasa boleh kot apply untuk event birthday atau apa apa majlis skala kecil (budget).




PRE-PARTY




Buat group whatsapp supaya boleh berbincang dan kalau dah ada ajk masing masing, bincang dengan AJK je. kata putus boleh mention dekat ketua, ta payah serabutkan group dengan message perbincangan antara AJK.


JENIS MAJLIS

ni korang kena decide awal nak buat one day events atau events yang macam biasa orang buat tu book mana mana bilik/ resort dan bermalaman kat situ. yang ni menarik tau, kalau korang ada duit lebih boleh invest untuk benda ni. pilih one stop center ( resort yang sedia semua kelengkapan korang nak.) Untuk event aku cerita sebelum ni, kitorang buat one day event je. memang padat la. kalau jenis bermalam leisure sikit. 

PILIH TARIKH

Perkara pertama nak buat apa apa event korang kena pilih tarikh, aku dan yna dua dua student. kadang sibuk dengan kelas, due date assignment dan exam/ faculty meeting. Dan boleh jadi tiba tiba bride to be nak kena gi interview la apa la. Dalam kes aku, yna ni roommate aku jadi aku sebenarnya dah tahu dah jadual dia. in case korang taktahu jadual member korang, korang boleh refer dekat orang yang currently rapat dengan dia contoh tunang atau family member. Masa aku nak buat majlis ni, aku memang tahu dia takda kelas on Wednesday.

untuk pemilihan tempat, lebih sesuai buat pada hari kerja ( weekdays) sebab:

1- tak ramai orang
2- dapat harga promo

cuma kekurangannya adalah, ada kemungkinan tetamu ko jemput tak dapat datang sebab kerja kan. so you decide, kalau ramai boleh datang weekend buat ajelah weekend duit boleh kongsi kongsi jadi murah gak kalau dah ramai. Yang paling penting, bride to be tu available ke tak...



TETAMU

Tetamu adalah kriteria yang agak penting untuk aku. sebagai organizer, aku hanya nak jemput orang yang aku selesa dan yna selesa sahaja. aku tak pasti pemilihan aku tepat atau tak cuma dalam kes aku, aku dan yna dah berkawan lama jadi scope kawan kawan kitorang sebenarnya lebih kurang shj. aku buat keputusan nak jemput kawan kawan zaman diploma sebab aku rasa kawan diploma ni vibe dia lain macam, lagipun itu je waktu kitorang betul betul kelas dan kos sama. kalau zaman degree dan master ni kami dua dah lain kos, jadi kawan pun berbeza jugak walaupun kenal je. Kau memang tak nak spoil majlis dengan jemput orang yang bride-to-be tak suka atau benci. hahaha so pilih elok elok.
 Selain dari Team aku, aku ada bincang gak dengan Tunang dia (Muiz) sapa yang aku boleh jemput, you are a big help brother. Sebenarnya kalau korang nak libatkan groom-to-be pun boleh, minta dia hantar hadiah atau bunga pun dah okay.


TEMA

untuk apa apa events pun, salah satu cara paling mudah untuk ceriakan dan meriahkan hari tersebut adalah dengan buat tema. Bila ada tema kita automatic akan rasa belong to the group. sebenarnya nak tema apa apa pun tak kisah tapi tema warna adalah paling mudah bagi kami, so kalau nak pilih tema tips dia kena tahu minat kawan tu atau kalau korang bertuah, bridetobe sendiri pilih tema. LOL. untuk tema surprise atau sambutan adalah digalakkan orang yang korang nak sambut tu pakai warna / attire berbeza dengan korang, jadi bila berjalan dalam group atau bergambar dia akan jadi yang paling berbeza dan special la.

selain dari pakaian, kena cari location, selempang, semua tu ikut tema jugak, atau kalau susah sangat untuk location ikut tema boleh je nak beli belon banyak banyak ikut warna tema (macam aku beli belon pink putih. nampak la tema dia gak walaupun dinding location tu flora fauna. . hehe

untuk tema ni memang korang kena strict tau, so memang walaupun dalam card dah tulis tema yang korang nak masa hantar invitation tu, korang kena point skali lagi bagi yang betul nak hadir ikut tema sebab dalam kes aku, ada member tak ikut tema sebab dia tak perasan note tu. nak tukar baju dah tak sempat pastu baju kerja pulak memang hitam, sama pulak ngan bride to be. hhohoho

MAKANAN

Makanan adalah essence yang penting dalam menjayakan majlis, kalau korang ada duit lebih order je dari catering tempat korang suka atau cari je mana mana location yang boleh sedia harga berpatutan dalam menu dia. Makanan penting sebab dia antara penentu kegembiraan tetamu weh, kalau have fun tak cukup makanan memang kesian, organizer pun rasa bersalah. salah satu kesilapan aku adalah, sebab aku rasa kitorang dah makan kenyang masa kat cafe tu dan kek pun ada lebih lagi, aku terlupa bahawa next group yang aku jemput belum makan lagi, baru balik kerja dan penat. cara aku save the day dengan mesej personal semua bahawa makanan tak sediakan, lepas habis karoake baru cari makan sama sama, if sapa rasa lapar boleh order atau beli makanan dulu. itu jelah. sebenarnya, kalau korang sediakan chips/ keropok je pun dah okay, buat alas. dan untuk info, sebenarnya kalau ada pakej promo melibatkan makanan, ambik je sebab biasa memang itu paling murah dah tu. kitorang beli air je haritu. hehe dan makan brownies. 

GOODIES

Hadiah ni penting gak sebenarnya, untuk orang ingat pasal majlis ni. aku punya sangat budget aku just bagi kad ucapan terima kasih je. kalau korang ada bajet lebih boleh cari goodies yang okay dan tak mahal sangat. Satu lagi, boleh je at the end of the day nak bagi hadiah kat bride-to-be, tak perlu mahal pun. Masa ni aku tak terfikir pulak nak bagi tapi aku nak cadang kat korang kalau ada pakej spa ke, facial ke tu pun dah menarik sebagai hadiah. kalau nak beli barang lagi dipersilakan pastu semua bajet nanti korang inform la dengan Team.



ACTIVITIES


guess the kiss-antara mainan yang AJK activities fikir. Games lain tak snap gambar pulak

Assign AJK, memang kena assign ajk sebab kau takda masa nak prepare fikir activities nak kehulu ke hilir lagi. Kau boleh bagi idea dan minta team bincang okay ke tak, kalau okay minta dorang prepare jelah aktiviti tu, jangan lupa minta update dan trust your team okay. They can do wonders.
antara games kitorang main haritu ialah truth or dare, guess the kisses.
ni waktu tak ramai lagi yang sampai.

ON THE DAY


Make sure semua orang happy dan at least tak lapar. attend to their needs dan tegur semua orang, jangan bagi sesiapa pun rasa left behind. jadikan bride-to-be rasa special. bagi dia buat ucapan, korang sediakan ucapan jugak sebab tiba tiba ada orang minta buat ucapan weh. hahahah. mudahkan transport semua, Kalau boleh car-pool buat car pool. 
during this moment 'MASA' paling penting kena jaga. Dalam kes aku, kitorang sampai lewat setengah jam kot. tetamu dah ada dalam cafe, jadi bila kitorang sampai semua sebenarnya dah ready dengan makanan, its nice. tapi jadi drag sebab kita kan lama tak jumpa, nak bersembang lagi so sebagai organizer kena selalu cek waktu. ni event satu hari sahaja, dan kitorang kena sampai DIVA karaoke sebelum 6.45pm. 

okay take noted ya walaupun korang tengah panic dengan masa, jangan buat sesiapa pun rasa sedih atau terasa sebab kita nak semua orang happy, relax je dan insyaAllah cakap elok elok, semua akan faham. Orang dapat hadir pun dah syukur, dapat pulak ikut dua jenis tempat berbeza jaraknya bukanlah dekat tanpa rungutan tu sangat la berterima kasih. Make sure korang tahu kat mana surau atau masjid berdekatan supaya on the day orang tanya korang boleh bagitahu dan refer tempat paling dekat...eh tandas berdekatan pun kena tahu juga tau. Memang big help. 




POST PARTY

EVALUATION FORM

sediakan satu forms untuk kawan kawan atau tetamu isi supaya korang boleh usaha untuk manage party atau majlis yang lebih baik di masa akan datang! alaa, pakai google forms je buat evaluation, takyah print pun borang hantar thru whatsapp je.

dan jangan lupa
minta semua hantar gambar dalam group whatsapp supaya boleh jadi koleksi

list semua tempat yang korang pergi supaya boleh jadi rujukan untuk kawan kawan. Resit yang korang simpan keluarkan dan kira semua total perbelanjaan dan bahagikan sesama korang. 

basically, ini tempat kitorang cari barang dan location Majlis. korang boleh refer jugak dan aku memang suggest DIVA KARAOKE tu sebab  tempat dia cantik, nampak mewah walaupun tak mahal sangat pun dan makanan dia aku yakin halal. 


baca previous post part 1 kat SINI
baca previous post part 2 kat SINI

No comments: