Thursday, June 4, 2020

PKP REVIEW: HEXA SALTED EGG FISH SKIN

Assalamualaikum semua, apa khabar? sekarang ni dah masuk hari ke 4 bulan June. Untuk Malaysian, kita sekarang tengah dalam tempoh PKPB. Start dari pertengahan bulan 3 (MAC) lagi kita semua diarahkan untuk duduk dirumah,wakil keluarga sahajadibenarkan keluar, keluar hanya untuk urusan yang betul betul penting bagi mengelakkan penularan virus Covid-19. tiada rentas daerah dan negeri dibenarkan, hanya boleh bergerak sekitar radius 10KM sahaja. Lagi menyedihkan selain sekolah ditutup, adalah larangan solat berjemaah dimasjid.
Virus ni asalnya dari Wuhan China, tapi sebab ianya mudaaaaah sangat berjangkit. sekejap saja dah tersebar ke seluruh pelosok dunia. Hebatnya Allah, sekejap je tunjuk kuasa Dia kan?
Bermula pertengahan bulan 5 (May) haritu, kerajaan Malaysia dah longgarkan sikit arahan untuk duduk dirumah. PKP diubah menjadi PKPB. dibernarkan lebih dari seorang keluar dan perjalanan rentas daerah juga dibenarkan, namun begitu, rentas negeri masih memerlukan surat kebenarkan dari Polis. apa yang positif side dari kisah pandemik ini,kita boleh lihat ramai ketua keluarga mengamalkan berjemaah bersama keluarga lebih kerap beranding sebelum ni. Hehe. Tahun ni juga menyaksikan Rakyat Malaysia semua beraya secara sederhana sahaja berbanding dengan raya raya sebelum ini, kalau nak cerita pasal bulan ramadhan, tiada solat teraweh dibenarkan di masjid., bazaar pun tak benar operasi tapi penjualan atas talian sangat rancak kan? hehe.

Nak cerita mengenai penjualan atas talian (online) mesti ramai sangat yang terjebak sebab takut nak keluar punya pasal kan..dengar cerita sampai bawang pun pesan 'online' je. hehe.

kat post ni, aku nak review satu makanan yang aku beli dari Shopee.. Banyak sangat order barang dari shopee musim ni, ni yang pertama nak review. Haha.

HEXA SALTED EGG FISH SKIN

Aku beli ni sebab terjebak dengan member, dia cakap dia ada order. Aku sebenarnya teringin nak beli yang Cimi tu, cuma harga dia mahal sangat la,memang kempunan nak order dari tahun lepas lagi..
bila Hexa buat promosi ni, mungkin promosi raya la kot.. aku beli ni tarikh seminggu sebelum raya, bajet akan sampai lepas raya lah rupanya lajuuuuu sangat dia proses, tiga hari dah selamat dapat dah.
aku beli ni pakej bajet lah. Pakej sekali dengan powder salted egg tu hanya RM29.90. Fish skin 100G, Powder 80G. Berbaloi la kan.

aku lupa nak snap gambar ni cari balik kat shopee mall dia tu


Mula dapat tu memang gembira sangat, kotak besar gilaaaaaaaa terkejut gak la. Bila bukak tu nampak plastik fish skin tu yang besar memang puas hatilah..

Masa tu bulan puasa, jadi bagi la kat anak anak saudara cuba dulu.. ada yang cakap sedap, ada yang cakap pedas jadi tak boleh telan.. takda yang complain tak sedap.

Bila waktu berbuka, cuba la rasa..erm, camna nak cakap ya?
dia takda la rasakuat sangat telur masin tu..kurang sikit. creamy jugak.okay je. tak boleh lawan yang telur masin betul la. Budak budak suka je . aku bagi 3 star je lah, sebab kurang menepati selera aku.
yang lawaknya, aku okay jelah nak makan kan..baca kat luar tu tulis Halal semua okay la. cuma paket dia macam versi #timbangkilo pun ada. Haha tengah syok makan tu, tiba tiba kakak aku tanya dia pakai ikan apa ya? aku pun alamak, ikan dori la kot. kalau salmon mahal sangat tak padan harga.biasa dengar orang pakai Salmon dengan Dori je buat kerepek kulit ikan.
pastu, kakak cakap ke dia pakai ikan Keli? nampak kulit ikan keli..dah la harga murah kan? HAHAHA

aku pun alamak makan lagi sebab tak percaya, pastu abang ipar pulak cuba. Dia dengan yakin cakap. IKAN PATIN NI. hahaha

aku pun apa lagi berhenti terus la makan..takleh nak hadam dah. hahah. sebab geli dengan Keli dan Patin. google punya google takde info la dia pakai ikan apa.kat paket memang takde tulis. pastu mesej la seller dia..tanya Hexa pakai ikan apa.. yang jual pun tak sure, bos. jadi tersadai la kerepek tu kat meja selama beberapa hari. Kurang peminat.

lepas a week, baru terfikir nak cuba mesej dengan dia punya Duta la, Raffie.
Raffie bagitau dia pun tak sure. cuma dia lihat dengan texture tu macam ikan Dory. haha. okay selamat la. tapi aku tak boleh nak telan lagi lah sebab ada perkataan tak sure tu.hahahaha.


review: okaylah boleh try, tak repeat dah kot. hehe. cuma nti kalau da duit lebih nak beli cimi pulak. powder dia belum try. ingat esok kot. nak buat guna prawn.

No comments: