Sunday, October 11, 2020

PENGALAMAN EXAM TBE (REMOTE ONLINE) DAN PCE

Assalamualaikum, 

harini nak share pengalaman daftar dan jawab exam untuk insurans dan takaful iaitu PCE dan TBE. Semua dah tahu kan, untuk membolehkan kita daftar jadi agent kan mana mana agensi contoh macam Etiqa, Zurich, etc etc kena lulus exam ni.


boleh ambil salah satu je, bergantung pada syarikat dan pelan yang kita nak.

I amek dua dua exam.


okay nak cerita pengalaman EXAM PCE dulu.. daftar dah lama dah, dalam bulan 5 kot. Cumaa biasalah selalu dengar orang cakap susah la apa lah. So, daftar exam bulan 5, ambil exam bulan 9. HAHAHA, tu pun hujung bulan 9 okay. konon ada banyak masa laa nak study. Tapi biasa la kan, plan memang macam nak rak, Last last study last minute gak.


haha. So Captain start study 2 hari sebelum exam. susah sikit nak cover laju2 sebab exam pce ni material dia guna flash player. tapi best.. sebab even tengah baring pun boleh nak belajar (dia audio visual material) semua material boleh access start dari daftar lagi, percuma sampai tempoh exam tu lah.

memang gila gila punya study la kan.. jawab soalan semua. soalan pun dorang bagi macam bentuk quiz gitu jadi seronok la. soalan dia ada cover every chapter. contoh selesai Bab 1, akan ada soalan terus after that. Untuk persediaan hari exam, masa kita daftar tu kita boleh pilih location so pilih je location yang paling dekat dengan kita. Masa tengah jawab tu captain pilih ada satu tempat ni kat KB, tapi seminggu sebelum exam, dia tukar location dan tempat so kena alert. 

Hari exam, kena bawa IC (wajib) dan calculator (optional) . Haritu captain tak bawa kalkulator, Alhamdulillah orang pertama yang sampai jadi boleh pinjam yang dorang sedia je (ada satu je masa tu).

ada 100 soalan, untuk lulus kena dapat 50 ke atas.

alhamdulillah captain dapat Gred C (50 ke atas)

dia tak kisah dah dapat A ke B ke C ke, asalkan lulus, kira dah lepas dah, alhamdulillah. Aah lupa nak cakap, masa tu bayar rm 75 tak silap. 


okay bagi pengalam exam TBE pulak, masa bulan 5 tu nak daftar dah, tapi semua full, pastu mesej la dekat admin dia tnya bila available dates kan.. Mereka reply cakap dalam tempoh pandemic ni tak buat dah physical exam, semua online.


so, terlupa nak daftar. hahaha Malas habis exam PCE tu baru daftar TBE, bulan ni lah, dua tiga hari lepas jawab.


masa tu dah tau kan susah sikit so seminggu sebelum exam tu mmg study laa. tkde lah gila gila cuma dah start la compare ngan PCE tu hari, HAHAHA.


yang exam ni rm85. material percuma. TAPI kalau nak jawab soalan dia kena beli rm19.90

Daftar kat www.takafulExam.com

slip dan material semua kat situ, tapi kalau nak assesment, kena gi kat ibfim.

kat website tu, dia bagitahu lepas daftar exam, kena hantar salinan sijil spm (minimum) kat admin dia.

so captain ni, 3 hari sebelum exam baru perasan benda tu, kalut la hantar sijil. tapi takda respond. contact pula whatsapp, dia kata betul dah . cuma dia tk verify la terima tak tu,  dia just  bagitahu yang link exam akan hantar thru email 24 jam sebelum exam

. captain tunggu tunggu, alhamdulillah, 19Jam sebelum exam, terima link, dorang masukkan kita dalam group whatsapp.. kena buat la arahan dia sebelum start exam tu, kena email ic, sijil dan slip exam kat email yang dia provide dlm whatsapp tu.


hari exam tu, kena on ZOOM APPS thru fon, bg dorang tengok kita dan jugak screen laptop kita (jawab exam melalui laptop)


.

alhamdulillah selesai dan berjaya lulus dapat B.


hehehe.


so sesiapa yang nak jawab exam TBE dan PCE ni, mmg soalan dia agak susah jugak, kena banyak jawab soalan quiz insyaAllah berjaya.


2 comments:

Anonymous said...

Soalan exam tu semua dalam bahasa melayu atau english?

Anonymous said...

nak tanya, kalau amek PCE, tak perlu amek TBE kan? ke wajib ambil dua dua