Sunday, August 25, 2019

BACHELORETTE PARTY UNTUK BESTFRIEND! - Part 2

Change of Plan

Sambung cerita macam mana aku organize bachelorette Party untuk kawan baik ni, aku mula dengan baca artikel. kebanyakan artikel cara nak sediakan majlis dalam bahasa Inggeris sebab mungkin bukan kebiasaan dalam budaya kita kot benda macam ni. 

apa yang aku buat, aku cari dalam google : how to organize budget bachelorette party.

Banyak jugak artikel yang ajar macam mana nak buat, ada yang menarik, ada yang terlampau aku rasa tak kena dengan agama dan budaya, takpalah, kita dah besar tapis la yang mana okay dan yang mana tak okay tak payah buat kan.







jadi, ada satu artikel tu dia sebut ada dua cara untuk buat bachelorette party, 

1. total surprise
2. ask the bride to be how they want the party to be 

To be safe, knowing Amalina and mostly knowing myself, aku ambil option kedua. cuma aku decide takda la nak tanya semua, ada benda aku buat sendiri, dan ada benda aku tak bagitahu. 

First thing first, aku bagitahu. 

"Na, aku nak buat bachelorette party untuk mu"

lupa nak cakap, sebenarnya antara benda yang buat aku bermotivasi untuk teruskan majlis ni (aku boleh je kot cancel memandangkan Yna taktahu pun plan aku nak buat sebelum tu) adalah lepas aku message sorang lagi member aku nama Bee, dia stay kat johor, dan aku tanya dia, kalau aku buat majlis nanti dia nak datang tak agak agak. dan jawapan dia ya. kalau tak ganggu waktu apa apa. dan bila aku bincang tarikh dengan dia, rupanya tu waktu cuti sekolah (dia guru sekolah) dan dia boleh ke Selangor semata mata nak meraikan majlis ni. memang terharu teruk masa tu. Thank you Bee. untuk info, Bee ni kawan rapat aku dan Yna, kami belajar sama masa diploma (salah seorang dari sembilan ahli AlBatross) dan alhamdulillah masa degree dapat belajar universiti sama jugak walaupun kami tiga semua kos berbeza. So, memang rapat. dan kemudian aku ajak jugak geng AlBatross lain yang ada di KL. (area berdekatan)






okay sambung balik.

lepas aku tanya Yna tu sebenarnya banyak betul idea yang keluar dari minda dia. Ada sampai satu tahap nak marah pun ada. eeei geram. Hahahhaha sebab kita dah fikir laaa tapi dia buat kita macam tak fikir langsung. bagitahu tu bagitahu ni sampai malas nak layan. tapi ada jugak la beberapa yang tak terfikir (thank you bagitahu)

Aku cakap kat Yna, aku nak jemput albatross (Sam, Maryam) yang ada di KL (memang dia tak expect Bee) dan ada sorang lagi kawan rapat aku which yna memang dah detect itu Nana untuk party ni. Untuk pengetahuan korang, Yna siap cadangkan Tema tau, setuju jelah sebab majlis dia kan. Aku pun tak pandai. hahahha. so aku buat group Whatsapp bagitahu tema warna pink putih. A.K.A theme Vivy Yusoff dan bincang semua kat situ.


Masa tu aku gelarkan yang aku nak invite ni sebagai Team aku, yang pasti Yna hanya assume Nana dan tiga geng albatross aku sahaja yang boleh join iaitu Mary and Sam sebenarnya. sebab aku tipu cakap Sarah tak jadi cuti. Aku dah bincang dengan team aku dan kemudian invite semua geng perempuan TESL yang ada around KL/ selangor. alhamdulillah gak tak ramai yang ada di KL/Selangor sebab aku taknak ramai sangat takut crowded, dalam minda aku bawah 12 is nice already. Take noted this is during weekday dan hanya Bee dan Sam sahaja cikgu sekolah yang lain tak cuti.  aku masa tu syukur sangat sebab dapat Sarah dan Maryam sanggup ambil cuti sebab nak join majlis Yna ni dan layankan sahaja hari aku pilih, RABU. rabu weii. ambik cuti pulak semata mata.

dipendekkan cerita, aku assign AJK untuk event ni, aku assigned AJK tempat dan AJK activities.

Sarah, Sam dan Mary - AJK Activities untuk games
Aku dan Bee - AJK tempat

aku ada bagitahu jugak dorang aku ada dua events, satu makan dan satu lagi karaoke.

So mostly memang aku bincang dengan Bee untuk pilihan tempat. Kesian jugak kat Bee sebab aku agak cerewet pasal tempat ni, banyak yang dia suggest aku reject, alah tempat aku suggest pun dia ada reject gak sebab kata review makanan tak sedap. Haha.
ni antara kriteria pemilihan tempat


  • Halal
  • Masuk dengan tema pink putih (vivy yusoff) Makanan okay/ sedap
  • Private-(nak tempah the whole room/ restaurant tak mampu so dalam minda aku nak restoran atau tempat makan yang nampak exclusive untuk kami je. 
  • ada dinding boleh gantung wordings
  • ada glass wall. 
  • HARGA BERPATUTAN. 


dua minggu tu memang aku sibuk gila kehulu ke hilir survey tempat beli barang barang yang sesuai
(sibuk dengan kelas lagi) nak mengelat kat yna lagi nak keluar ke mana mana  (payah gak aa sebab roomate kan pastu mostly memang keluar berdua. so aku cakap aku nak keluar ngan adik aku lah macam tu.
evening high tea


dipendekkan cerita lagi, minggu last nak buat majlis baru decide tempat. banyak restoran dicadangkan, siap pergi tengok sendiri, tanya face to face, tapi macam tak sesuai. ada yang google cantik bila tanya team dorang taknak sebab takda cop halal walaupun restoran tu kata sedia makanan halal. Pastu problem dekat belon pulak bila fikir balik kena cari tempat yang berdekatan dengan tempat sedia belon party so jimat sikit caj transport. Nak hantar belon tu kan, sebelum ni aku pilih cod dari tempat berbeza sebab kat area tu takda tempat jual belon (tak jumpa dalam google ) so caj cod sampai RM50, semua tu take into consideration dan last last Baayah cakap cuba cari kat bangi sentral.

aku dan baayah google review dan ada beberapa restoran yang masuk dalam list. Aku singgah semua yang dalam list tapi ada gak yang tutup waktu siang rupanya. Aku end up decide nak buat kat caravan cafe lepas tanya staff dalam tu, nampak friendly sangat. dorang siap sedia yang gantung wordings bride-to-be, dan belon belon, cuma kena bayar harga pakej la. aku bincang bincang dengan bee, bee cakap mahal. so aku cari area situ rupanya ada kedai jual barang party, tapi takda selempang bride-to-be, so aku pergi sana dan pilih belon, buat pembayaran . sebenarnya nak dorang hantarkan kat cafe tapi caj dorang mahal gak weh, aku ingat sepuluh ringgit macam tu, tapi rupanya walaupun tak sampai 3 km, caj dia RM30, aku decide nak ambik sendiri. 

okay sekarang belon dan ada tempat dah ada, ada masalah besar, kek, crown, selempang, semua takda lagi weh. Dah la semua yang bride-to-be request. kat kedai belon tu stok habis dan yang ada semua tak cantik dah

so aku teringat masa aku gi Mid Valley untuk cari tempat , aku ternampak kedai party ni, selempang dia cantik, crown dia cantik gak, dan dia ada wordings untuk gantung tu. so senang citer aku pun tak cerdik gak apesal tak beli terus. Aku dua hari berturut turut singgah midvalley weh. hahahhaha

Tapi bila gi sana aku just beli selempang dan wordings, sebab crown dia mahal.

masa ni memang panik.

Aku tanya team aku dan Sarah setuju nak cari (dia jumpa weh yang cantik dan murah)- sebenarnya Yna tak kisah pun crown macam mana, yang design print sendiri pun okay, yang crown getah okay, yang crown belon okay, asal ada crown je, tapi kita rasa tak sedap pulak nak bagi yang biasa biasa walaupun duit takde, ahhahah)
THE TEAM

okay masalah seterusnya, KEK takda lagi, banyak kedai kek aku pergi semua tak berkenan dan bila bincang dengan team, kata tak sesuai, first mahal sangat dan second memang tak sesuai. hahahha

untuk info lagi aku dah inform dalam group kos majlis ni ditanggung bersama, maksudnya kita akan cuba cari yang paling budget dan overall cost akan dibahagikan nanti. alhamdulillah aku dan Yna ada kawan kawan yang hati mulia, dorang memang setuju semua.

okay sambung balik, kitorang decide nak tempah brownies je dari online baker caj cod tak mahal sebab dekat je ngan tempat dia. dia pun takda masalah nak tulis tulis kat atas tu .



















Bagi menjayakan majlis ni, berdasarkan artikel yang aku baca, aku dah siapkan kad jemputan untuk semua kawan kawan seminggu sebelum lagi dan mostly yang aku invite setuju join cuma Nana je tak dapat join semua. aku guna apps Canvas untuk design card. 


Hanya geng AlBatross boleh join untuk makan di Caravan Cafe. yang lain (Dira, Nad, Emiera, Bella) akan menyusul lepas tu untuk Karaoke.  Ah lupa nak cerita pasal karaoke. Cari tempat Karaoke ni pun gila gak sebenarnya, banyak betul baca review dan mostly yang best banyak owner non-muslim dan sediakan makanan tak pasti halal ke tak. pastu came across this one comment dekat facebook kata ada satu tempat lagi best dari yang aku survey tu, dia bagitahu nama tempat tu DIVA KARAOKE, bila aku google, memang gempak weh, so aku pergi sana dua hari sebelum untuk cek tempat dan tengok ok cantik. aku decided nak kat situ, siap pilih bilik VIP weh, untuk 8-15 orang. aku book sebelum jam 7, jadi dapat harga murah weeeh, cuma terkilan sikit sebab tak amek pakej sekali makanan dan buat 3 jam. Bride -to-be topup harga lagi sejam (mahal la jadi sebab dah after 7)
dalam kad jemputan aku tulis waktu makan di caravan cafe jam 3-5pm tak silap, waktu karaoke pulak 6.30 hingga 8.30 malam tak silap. (ye sorry maghrib tapi kita gilir gilir gi surau tau).


Second session





1 Hari sebelum Majlis

aku surprisekan Yna, bagi kad jemputan untuk dia gak sebagai tetamu dalam majlis dia sendiri.
( Knowing her, im pretty sure she likes the surprise) sebenarnya aku pening gak camne nak invite bride-t0-be dalam majlis sendiri jadi dalam artikel aku baca dorang siap buat games, bagi emel, surat semua tu, jadi aku cilok la sikit idea tu., malam sebelum kejadian tu Yna tak tidor kat bilik  (tidur rumah member lain) jadi aku ada masa untuk persiapan last minit, aku baru tengok video sebenarnya cara nak setup meja untuk majlis. bila tengok video tu dia siap letak macam frame tulis event, ada banyak makanan la senang citer, so malam tu aku buat goodies (buat physical card) untuk bagi kat tetamu dan jugak emoji untuk pegang pegang masa bergambar tu. Atas cadangan bride-to-be aku gi cari lilin firework tu, nasib ada alang alang nak keluar beli nasi je singgah kedai kek), haritu gak aku singgah sekali lagi kat cafe tu sebab nak drop off wordings dan selempang mintak dia tolong gantungkan.
Malam tu tak boleh tidor lena weh.


Hari kejadian

Yna balik lambat, bersiap pun lambat jugak la jadinya. pastu ada masalah apa lagi tah lupa, kena gi fakulti kot. hoohoho.

bila lambat, aku tak dapat nak collect belon, so emergency call Mary dan Sam boleh tolong ambil belon kat kedai. Bee dah tunggu kat kedai (sampai paling awal- dari johor) tolong susun meja dan wordings kat dinding. Sarah sampai lepas tu dengan crown, dan Kek? cerita kek, online baker tu memula silap tulis, so dia patah balik dan tulis semula. alhamdulillah semua sempat sebab kami berdua yang lambat.

Yna taktahu aku nak bawak dia pergi mana, cuma mungkin dia dah boleh agak sebab sekejap je dah sampai walaupun dia aku pakaikan eye mask tu.

Dalam kereta aku buat buat macam semua serba tak kena, sebenarnya memang serba tak kena sebab masalah kek tu, masalah belon tu, masalah crown, masalah semua laaah, tapi alhamdulillah weh, team aku memang power dorang memang hebat. Aku memang tak boleh buat sendiri semua ni sendiri.

Anyway,
Yna memang kena game la sebab terkejut tengok baayah tu, tengok sarah semua tu. dia expect Mary dan Nana (tk dapat hadir) je boleh mai sebab tu je kawan rapat aku kat KL/selangor ni.

masa Second event, nak gi karaoke pun dia taktahu aku buat tu, pastu terkejut lagi bila kawan kawan lain sampai. aku cuma terkilan sebab tak sediakan makanan je untuk dorang (seludup lebih lagi makanan) kitorang bawa balance brownies tu je enjoy 3 jam dalam tu.

malam tu lepas karaoke lepak sembang ngan kawan kawan sampai jam 10/11 kot kat old town bawah tu sambil makan makan.







aku pun sebenarnya tak sangka semua boleh berjalan seperti yang di plan, most of it actually. 

ada kek, ada belon, ada crown, ada selempang bride-to-be dan most important, semua balik perut kenyang dan mostly having fun i hope? hehe. Kita siap sedia games tau.


yep Bella tak ikut tema. Haha.

okay next post aku akan bagi organized step cara nak handle party. aku siap buat evaluation form (sebab sem tu belajar evaluate events untuk administrator, hahaha)



P/s : Thank you again kat Mary, Sam, Sarah, Bee, Dira, Nad, Emiera, Bella dan Fauzan sebab hadir dan memeriahkan majlis. 
p/s 2: Thank you gak untuk geng albatross semua sebab jadi still dalam group dan bagi cadangan/support event ni. thank you Wawa, Afi, Adel.. oh lupa, member diploma yang aku jemput tak dapat datang still mendoakan, terima kasih jugak. 

BACA NEXT POST PART 3 KAT SINI
BACA PREVIOUS POST PART 1 KAT SINI

Saturday, August 24, 2019

BACHELORETTE PARTY UNTUK BESTFRIEND! - Part 1






Bachelorette Party untuk Kawan Baik


Gantung kat bilik lepas selesai event

SHES MARRIED ALREADY! lah. 

Assalamualaikum semua, harini rasa nak kongsi dengan kawan kawan mengenai 'Bachelorette Party' yang aku organized bulan Mac lepas. Dah kahwin berbulan bulan dah member tu baru nak post pasal event yang ni. Aku rasa gembira sebab bakal pengantin happy sangat haritu. 

Aku memang dari dulu niat nak buat satu majlis untuk dia. Kawan baik kita kan kita nak buat dia rasa special lah. dah la dah jadi roommate time belajar ni. 
Gambar last sebagai roommate (lawak teringat weh)

So, post ni boleh jadi guide jugak untuk korang yang rasa macam nak buat majlis untuk kawan kawan. step by step. Dalam ni aku akan kongsi apa aku buat dan apa aku tak buat (yang mana aku rasa terkilan). Btw, bachelorette party ni dalam bahasa mudahnya majlis yang buat untuk bakal pengantin.

kalau nak tau aku ada satu masalah, memang aku niat nak buat tapi takda motivasi. Entahlaah, member nak kahwin motivasi apa lagi nakkk.. haha. so satu hari, out of blue dipendekkan cerita. kawan baik aku ni nama dia Yna, bagitahu..tunang dia tanya lebih kurang macam ni :

"you taknak buat majlis apa apa ke sebelum kahwin ni? biasakan perempuan ada majlis macam tu",

Okay, lepas dia bagitahu tu, aku macam alamak.. ye lah sebulan je lagi nak kahwin. so lepas tu dalam diam aku ada plan aa nak buat majlis tu cuma tak gitau dia je.. ceritanya, aku tak pernah handle majlis. Aku masa tu rasa kesian gila dekat Yna ni dapat member macam aku, clueless nak mampus.

Masa tu aku ingat nak sambut berdua je ngan yna, lepas aku fikir balik..macam sweet sangat pulak nak sambut berdua je. Masa tu aku terpengaruh dengan 'bachelorette party' yang Elfira Loy buat untuk Bella Dally (Ex Nazim). Dorang sambut berdua je. sweet sangat tapi aku macam... Nope, that is not me. eh jap, ke Yna yang tunjuk pasal dua orang tu, aa lantak la yang penting aku rasa tak ngam ngan aku. Elfira sediakan crown, bride-to-be punya selempang, balloon dan kek je tak silap aku. Okay la kan. Basic appreciation day. (oh takde kek, aku baru tengok balik post El tu)

Jadi, aku buat keputusan untuk contact sorang lagi kawan rapat aku merangkap kawan Yna jugak. nama Nana. Nana ni dah kawen ada anak sorang. aku ingat nak ajak dia sebab dia macam perangai gila gila gak dan aku rasa Yna suka kalau dia ada. aku pun suka. hahahahah. senang citer, aku tak awkward la kalau nak sambut majlis ni nanti. hahaha. Thank you Nana. 

aku bincang ngan Nana macam macam, aku dah ada cadangan tempat cuma minta Nana hadirkan diri je, sebab tempat tu memang dah sediakan semua dari A sampai Z. kitorang kira sampai buat buat terkejut je nanti.  ada jugak terfikir nak book bilik hotel buat kat situ tapi duit takde banyak lah, sorry,. hehe.

lupa pulak nak bagitahu korang, sebenarnya, bila Yna sebut pasal party ni aku kan clueless..so aku tanya lebih kurang macam ni..:

"kau nak party macam mana?"

Ina jawab senang je weh. ni dia bagitahu aku.

"Ada crown, selempang bride -to - be , kek dan balloon, makan makan simple pun takpe dah. Tak kisah nak sambut dua atau ramai atas organizer"

oh jap, ni kot dia refer pasal Elfira tu (tapi aku pun follow Elfiraaaaa, aku tengok gak dah post tu sebelum dia bagitahu lagi)

jadi berbalik kepada perenggan kedua post ni, aku dah bagitahu awal kan, ni kawan baik, orang kita sayang, bila sayang kita nak buat yang terbaik untuk dia, aku fikir, makan makan sahaja tak cukup kot. kena ada satu atau dua lagi yang boleh fill the party. 

Jadi aku rasa, selain dari makan makan macam dia nak, aku nak tambah satu lagi (karaoke atau bowling) bila fikir balik dengan Nana, aku rasa,, bowling tu aku yang suka (take note Yna), Nana pun cakap macam tak sesuai nak Hu Ha Hu Ha pakai selempang.  hahah. So tempat yang aku cari tu, memang bagus la, dia ada sediakan tempat makan, boleh organize event dan kat ruang atas boleh book untuk karaoke. Restoran dia pun lawa, makanan orang kata sedap. 

Untuk pengetahuan korang, aku ni student, yna pun student gak, masa tak berapa ada. Duit pun cukup cukup je. Hehe.  aku ingat nak buat weekday majlis ni, taknak kacau hujung minggu sebab bila weekend, restoran atau mall penuh orang, nak buat event pulak takut dorang caj mahal, penuh pulak nak berebut.

aku decide, buat rabu, sebab rabu kitorang takda kelas. aku kos lain, dia kos lain tapi ditakdirkan kita dua hari rabu takde kelas, jadi aku rasa sesuai haritu.

untuk info, aku memang takde bagitahu ina yang aku nak buat majlis ni, aku tnya pun tnya gitu gitu je. direct lepas dia cerita pulak tu. So, aku rasa dia tak expect la dan aku yaayy la kan sebab boleh la buat surprise ni. Alang alang hari rabu tu dia kena keluar ada interview. So aku cop nak teman dia. Dia pun on je lah (Mu memang suka aku teman kaaan, ahaha) 

kalau korang nak tau, masa aku plan ngan Nana ni, aku 50-50 taw berjaya ke tak buat sebab  tiba tiba minggu tu kitorang gaduh teruk gak. huahuahua. sorry Na memang salah aku, nak tau teruk tak teruk dia siap tiba tiba takde cakap ape pun balik terengganu rumah dia wei. Terkejut weh, aku tahu pun sebab tunang dia bagitahu ( which dia pun tahu masa yna otw balik.

itu gaduh paling extreme aa setakat ni. 

ok end of that. Lepas tu kitorang baik semula. Cuma aku cancel nak buat kat tempat tu, sebab aku rasa tak sesuai buat lepas interview, aku tak tahu jam berapa selesai, akan kacau schedule semua la bila drag masa.  Nana pulak tak dapat bagi confirmation boleh datang ke tak, dan paling penting sekali, duit aku tak cukup untuk cover semua. Sebab walaupun aku dah pilih restoran paling budget rupa-rupanya dia owner salah message aku details (nasib baik aku minta confirmation weh) dan ada perkara aku kena beli sendiri which in turn aku rasa tak berbaloi. Masa ni memang downAku cancel semua dan buat baru. from scratch

Aku nak buat sendiri ajelah

sambung next post part 2 SINI

baca part 3 SINI

Wednesday, April 10, 2019

accident? Cara Nak Claim Insurans dari Pihak Ketiga/ Pihak yang melanggar bila berlaku kemalangan

Assalamualaikum

Baru baru ni kereta Myvi aku (baca: owner kakak aku) telah dilanggar dari tepi, kejadiannya berlaku dalam UPM.. masa tu aku nak masuk simpang, dia nak keluar simpang.. dia langgar kemek pintu belah kanan belakang kereta myvi tu.

so, aku dengan tak berapa paham nak buat apa.
aku just ambil gambar kereta aku dan gambar orang yang langgar tu.. nasib baik aku ambil no phone dia.

apa yang patut aku buat sebenarnya bila mengalami kemalangan kecil macam ni

1. Ambil gambar kereta kita
2. Ambil gambar kereta pihak yang melanggar
3. Ambil gambar kad pengenalan/ passport (macam kes aku, foreigner yang langgar)
4. Ambil apa apa gambar pengenalan dari dia
5. Ambil no telefon dan kena misscall number tu.


so setelah bincang, kita decide untuk buat report polis..
macam kes aku,, kemalangan ni berlaku dalam UPM, untuk pengetahuan semua kalau berlaku kemalangan dalam UPM atau mana mana pusat pengajian perkara pertama yang harus buat adalah consult dengan polis bantuan UPM..
sebabnya,,

UPM ni luas dan terbahagi kepada beberapa border. which aku tak tahu. mula mula aku ke balai serdang je, lepas tu polis minta pergi ke IPD di Kinrara. IPD Kinrara yang handle traffic

alhamdulillah aku pergi tempat yang betul, sebab kawasan kemalangan aku tu terjadi di persiaran masjid which is still under IPD sri kembangan (Kinrara) kalau tak terpaksa menapak ke IPD Sepang.. alah jauhnya

bila sampai sana, aku taktau la prosedur apa..
kena tinggalkan phone dekat guard, ambil pas pelawat..

naik tingkat 1 bahagian trafik, aku buat report..bagitahu semua details, no plat kereta kita dan kereta pihak yang melanggar kena betul sebab mereka nak urus tuntutan insurans nanti tu..

Nota: masa ni ramai yang akan suggest kat kau suh gi bengkel mana mana..jawapannya kau cakap je kau dah ada panel. if kereta bawah 5 tahun lagi senang, setel je kat tempat dia. kalau aku, perg perodua.

lepas setel yang tu, kena jumpa Sarjan pulak.. kat situ kau akan disoal lebih details, siap kena tunjuk dan lukis pelan kemalangan tu..

lepas setel tu, sarjan akan bagi satu kertas, boleh ambil salinan report bayar RM4 .

PROSES CLAIM INSURANS KALAU BUKAN KENDERAAN SENDIRI

Mula mula aku blur jugak, so aku ingat pesan ayah aku, kalau jadi apa apa telefon Etiqa (aku under Etiqa)

aku tanya boleh ke nak pergi perodua
mereka memang suggest aku ke perodua sebab kereta bawah 5 tahun

cuma bila aku bukan owner kereta, prosedur dia

aku pergi Perodua:

1. Bawa salinan kad pengenalan pemandu
2. Bawa salinan lesen Pemandu
3. Bawa salinan kad pengenalan pemilik kenderaan
4. Bawa salinan lesen pemilik kenderaan
5. Bawa salinan geran
6. Bawa report original

untuk pengetahuan semua, bila kau dan pihak ketiga dah buat report polis, kau dan pihak yang melanggar dah takde apa apa.. semua nanti depends atas keputusan polis (14 hari keputusan keluar) untuk tau kau atau dia yang bersalah.. nanti ncd akan potong dari yang bersalah tu lah.

kereta tinggal kat bengkel paling sekejap 2 minggu sebab kena tunggu keputusan polis.

UPDATE

aku dah settle dah semuanya, aku akan cerita apa berlaku lepas aku dapat report polis tu,

jadi lepas dua minggu +
lepas call hampir tiap hari tnya progress siasatan aku dapat call dari sarjan untuk ambil report, tapi dia call aku hari khamis tenghari, dalam kul 3 aku sampai balai, tempat nak ambil siasatan dah tutup :alasan balik awal.
jadi aku burn duit banyak sangat kat situ, dah la aku takde kenderaan dah, mahal weh gi balik naik grab. Gi kelas pun aku naik bas secara illegal, sebab budak master kena bayar tambang bas (huhu) sory tercerita pula.

so aku pergi awal pagi jumaat by grab jugak amek hasil siasatan dan ternyata orang yang langgar aku tu bersalah. Dia kena saman polis sebanyak RM300.

aku naik grab lagi pergi bengkel perodua bagi hasil siasatan dan ternyata kereta aku masih terbengkalai tanpa disentuh langsung (tak dibaiki). aku rasa baik la aku bawak balik je kereta tu 2 minggu lepas. Macam takde signifikan tinggal sana. So, lepas settle semua borang (kena bagi report asal dan hasil siasatan kepada bengkel), aku naik grab semula utk balik. eh jap, aku lupa la ke aku minta tolong member aku (maryam /baayah), oh yeh , aku tak naik grab, i have maryam and baayah to help me. THANK YOUU.

pendek cerita pada tarikh 14.5,  sebulan lebih tinggal kereta di bengkel, bengkel call dan boleh ambil dah kereta (hampir tiap hari call tnya status weh), lambat sebab adjustor,
sepatutnya aku hantar kereta aku kat bengkel premium under etiqa, lulus 30minit je, ni sebulan lebih bengong rasaaa.

pendek cerita,
aku minta nak claim loss of use, jadi dorang sedia borang semua untuk aku sign.

kereta total baiki RM2000+ , aku tak keluar duit langsung. dia tukar pintu dan fender bawah.
NCD aku tak tolak
NCD yang salah la kot tolak.

lepas 4 bulan, awal bulan 9 .. aku dapat call dari ejen insurance pihak yang langgar aku claim loss of use aku dah dapat.

LULUS RM420 total.




Tuesday, November 6, 2018

Resepi : Nasi Lemak Sambal Bilis Sedap dan Mudah

assalamualaikum.

Sebulan lepas ada buat makan makan kat rumah kawan. Kita masak kat rumah dia.. Jadi dorang minta nak makan nasi lemak... takda la dorang minta, sebenarnya itu je yang pandai buat. hehe. so ni resepi sangat simple, mudah dan sangat sedap. Resepi ni ambil dari Mama.. pastu olah sikit sikit. Kalau cakap pasal resepi Mama, memang semua pun mudah.. boleh dikatakan... resepi masak sambal ni adalah yang paling mudah dan digemari semua ahli kat rumah.

so jom.

Resepi : Nasi Lemak  Sambal Bilis Sedap dan Mudah

Mula mula sekali, masak nasi lemak tu dulu..

untuk masak nasi lemak ( hidangan 4-6 orang) 2 gelas beras

Bahan-bahan kena ada senang je, kalau tak senang kita tak share.

1) 2 gelas beras 
2) 1 gelas setengah santan pekat (1 1/2 gelas)
3) 1 gelas setengah air (1 1/2  gelas)
4) Daun pandan (3 helai)
5) Buttercup 1 sudu besar
5) Garam setengah sudu besar

untuk nasi tu ingat formula ni, dua gelas beras bersamaan tiga gelas air, so kalau nak buat nasi lemak kena bahagi dua la, air separuh, santan separuh. senang je formula ni. Boleh guna kalau nak buat masak nasi banyak lagi. Tips dia guna gelas yang sama.

Cara-cara dia

1) basuh beras sampai bersih
2) tos /buang air dan letak dalam periuk masak nasi
3) masukkan santan pekat
4) masukkan air
5) masukan buttercup
6) masukkan garam
7) Ikat daun pandan dan masukkan dalam periuk
8) kacau sebati 
9) boleh start masak.

untuk pastikan nasi masak dengan betul, masa tengah mendidih tu kacau lagi sekali (jangan banyak, sekali cukup)

kalau nasi tak masak betul jangan buang pulak, tambah air sikit dan masak sekali lagi, kalau tak nak tambah air boleh buat cara kukus masukkan gelas berisi air separuh dalam periuk nasi dan letak kat tengah tengah dan masak semula. (nasi lagi lembut macam ni)

okay setel resepi nasi lemak mudah dan sedap, memang rasa lemak santan sedap sangat sangat.
......................................................................................

untuk resepi sambal bilis sedap dan mudah (paling senang)


Bahan Bahan diperlukan 
1)Ikan Bilis dua/ tiga genggam (500 g) . :
2)Bawang besar (bawang holland) 2 biji
3)Bawang merah kecil 2 ulas
4)Bawang putih 5 ulas
5)Lada kering segenggam
(tak kisah jenis apa, kalau kat umah guna yang besar bulat tu. Tak pedas) pernah buat campur sekali yang kerinting sedap jugak rasa pedas sikit.)
tips paling penting adalah kena goreng dulu ikan bilis tu

Cara goreng ikan bilis rangup (tahan berhari hari) :
panas kan api pastu bila dah panas, guna api kecik /jangan kecik sgt medium kot. Masukkan ikan bilis yang dah basuh bersih. Kacau sikit sikit sampai dia garing dan bila gigit rasa rangup. (kalau rasa cam nak hangit, kecikkan api. Pandai pandai la. Yang ni sangat penting tau. Buih buih tu pun hilang.
Bila dah masak ketepikan..
Cara nak buat sambal bilis
Blend bahan bahan 2,3,4,5 dengan minyak ikan bilis tadi. Pastikan masukkan sekali bilis hancur hancur tu.
Dah blend semua sampai hancur. 

Masukkan dalam kuali. Kacau kacau sampai pecah minyak. Masa tengah masak tu.. Boleh letak:
1- asam keping (1 atau 2 keping) saya tk pandai guna asam jawa.
2- Gula melaka (nak manis letak banyak, saya letak separuh kalau takda gula melaka, pakai gula pun boleh)
Tips nk bagi sambal nampak hitam memang kena guna gula melaka.
3- Garam (secukup rasa, kena try sambal tu.. Tak payah banyak. (saya letak separuh sudu besar biasa)
4- Air. Masukkan air kalau nak agak berkuah. (. Kacau sampai air tu kering)
5- Ikan bilis yang belum goreng pun boleh masuk sekali awal awal tadi lupa nak bagitahu.
Kacau sampai puas hati kegelapan dia. Pastu tutup api, masukkan ikan bilis rangup tadi. Kacau kacau dan angkat dan hidang.

nota:



Kalau nak buat sambal asing/ ikan bilis asing pun boleh. 
Satu lagi, kalau taknak buat sambal ayam/ ikan atau apa apa sambal pun boleh dengan resepi tu cuma kalau nak buat sambal lain jangan masukkan ikan bilis masukkan la lauk lain. hehe