Ingin aku kongsikan sebuah cerita tentang manisnya ukhwahfillah. Cerita ini bukan tentang aku, tetapi tentang kita. Cerita ini hanyalah coretan biasa bagi hati-hati yang tidak memahami. Ini cerita cinta kita. Cerita yang terbit dari hati tatkala rindu akan manisnya silaturrahim datang bertandang. SubhanaAllah, Alangkah manisnya bila cinta kita diredhai Ilahi, ibaratnya segala di dunia ini menjadi sempurna. Biar aku mulakan kisah ini dengan kalam Bismillah, kerana dengan menyebut namaMU, kisah kita bakal menjadi lebih indah, insyaAllah. Saat aku mula menaip cerita ini, hatiku berbunga riang, kadangkala sedih datang menerpa. Aku sedar aku rindukan mereka.
Teman maafkan aku kerana masih menangguh.
Aku akan mulakan sekarang.
Bismillahirrahmanirrahim..
Kisah ini bermula di sebuah tempat pengajian, aku menuntut disana tidaklah lama namun ianya banyak mengajar aku erti persahabatan yang berlandaskan cinta kepada Ilahi.
Malam itu, tak pernah seperti malam-malam yang lain, malam itu ternyata lebih indah kerana malam itu aku bertemu seorang sahabat baru.
Sudah seminggu sebenarnya kelas bermula namun sahabatku itu baru tiba. Allah kirimkan dia lewat sedikit. J
Penat kami menunggu pensyarah , tak jua muncul-muncul kemudian aku terlihat ‘dia’ duduk menyandar pada tiang bangunan. Sungguh, rupanya tampak suci. Bukan aku yang memulakan perbualan ternyata teman ku yang lain lebih pantas. Aku mendengar mereka berbicara..
“dari mana?”
“saya dari sabah.”
“oh, budak sabah." aku bermonolog sendiri.
[kemudian dia diminta mengisi nama menjadi ahli dalam kumpulan usrah-memang menjadi kewajipan disana kerana dikira sebagai jam kredit untuk menyertai aktiviti usrah. Kita akan dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan yang kita mahu namun naqib dan naqibah akan dipilih oleh pihak pentadbir]
Hari-hariku berlalu pergi, satu hari seorang temanku mengajak aku berpuasa. Temanku memang baik. Katanya, “nanti berbuka, kita berbuka di masjid ya?” aku terima cadangan dia dengan hati terbuka. “RM2 je, murah kot” fikirku. Ketika itu, aku berbuka dimasjid hanya kerana berbuka disana lebih menjimatkan, makan berdulang buat aku teringat zaman disekolah, berbuka di masjid bayaran hanya RM2 dan kepuasan nyata terJAMIN.. Lucu, LUCU bila teringat zaman jahilnya diri, berpuasa kerana hanya ingin menjimatkan duit poket. Langsung tidak dicari Kepuasan Ilahi.
Maaf aku menyimpang lagi.
Kisah ini akan kuteruskan..
Teman ku yang lain, teman yang memulakan perbualan dengan anak Sabah takdi telah memperkenalkan aku dengan ‘budak’ Sabah tersebut.
Cerita kita sudah bermula..
Tak akan pernah dia dapat aku gantikan. Teman baruku itu, sungguh berbeza, Tidak pernah aku bertemu seseorang yang seperti dia. Malu bila teringat aku ingin menceritakan perihal seseorang [mengumpat] namun dia menolak untuk mendengar, Pernahkah kau punya sahabat seperti itu? Aku perhatikan, jika dia berada dalam satu kondisi maksiat [cth : mengumpat] dia akan meminta izin untuk pergi. Aku sedar akan prinsipnya, aku sedar dia teguh kukuh dengan prinsipnya namun dia tak pernah menyakiti kami.
Jam lapan malam kelas akan bermula, masih ku ingat saat dia mengajak aku bersama-sama solat jemaah maghrib dimasjid sebelum bermula kelas. Temanku ini sangat baik. Bermula dari hari itu, kami berempat sering meluangkan masa bersama. Banyak nasihat yang dia berikan, mereka gemar berkongsi cerita. Cerita manfaat. Walaupun banyak masalah timbul, Alhamdulillah berjaya diatasi. Tak lupa juga kepada teman yang sering berpuasa bersama ku . Dia walaupun tidak bersama aku berempat, dia bersama aku.. Kami serumah.
Kawanku ini mengajar aku banyak perkara, salah satunya ialah ketika bertemu orang. Orang itu kami berdua tak kenali. Berjumpa ditepi jalan, tapi dia memberi Salam sambil tersenyum, dan orang itu membalas kembali. Aku sudah pun lupakan benda itu.. tebarkan salam..
Satu hari, aku mendapat tawaran belajar disatu tempat yang lain. Aku bingung. Sedih ingin berpisah, mama dan baba setuju aku menerima tawaran tersebut. Perkara itu aku luahkan terhadap sahabat-sahabatku itu, muka mereka Nampak berubah. Kata seorang sahabatku “aku akan cuba hidup tanpa kamu” dan kata sahabat yang lain.. “jaga diri” balasku “mungkin aku tak akan pergi” balas dia kembali “ itu yang aku harapkan”
Ada juga temanku yang menyokong "pergilah, mungkin tempat tu lebih baik"
Sebelum ini, aku yang kuat menangis, namun, pada hari akhir aku disana..mereka yang menangis.. air mataku kering barangkali. Penat menangis sebelumnya..
Allah itu MAHA ADIL. Segala yang dia buat, ada hikmahnya. [dirahsiakan]
Malam itu, kami berempat berkumpul dalam sebuah rumah, melawat semua teman-teman. Nasihat tak henti-henti ditaburkan padaku. Sungguh, aku rindukan kenangan lalu, kenangan ketika bersama kamu semua.
Dan cerita kita tamat di bawah PARCEL 7
biar aku ceritakan satu hal..Aku kembali jadi seorang yang hatinya kurang terjaga...aku lalai dalam menjaga hati. :(
4 comments:
is this a true story? love it!
Aslam Taslim : sadly..the answer is yes.
era,, why ya???
becoz i left them
*sebak bila teringat kembali*
Post a Comment