ni first time masuk contest :: KoNtEsT KeNaNgAn zAMaN SeKoLaH ::
korang pun leh join gak .lau captain tak menang pun , mungkin korang leh menang,, dan kalau dah menang tu leh la kite kongsi-kongsi hadiah..yeah...
Erm...
Sekolah? Sekolah rendah? Aah.. bila cakap2 pasal sekolah..sekolah rendah lak tu.. memang banyak betul yang dah lupa… tu semua kenangan separa sedar.. mungkin akan ingat balik kalau kene tamparan ‘maut’ dari siapa-siapa..
Aduh…sekolah rendah ya.. dalam banyak-banyak kenangan.. satu je kenangan yang paling ingat lah. [yang lain ada yang ingat, tapi macam tak patut lak nak diceritakan] Ni kenangan nak kata manis tak jugak..mungkin ada sedikit masin atau pahit sikit-sikit.. Kat sini captain nak cerita pasal kenangan dapat Result UPSR..
Oh, sekali lagi captain dah lupa siapa yang terlibat dalam proses itu.. tapi captain ingat :ada baba, ada kakak, ada adik… dorang memang menceriakan hari! [ ye ke?]
Nak dijadikan cerita. Pada malam dapat result Upsr.. telah datang satu mimpi yang sangat ngeri..wooo.. mimpi tu pasal keputusan tu lah.. dapat result yang sangat-sangat rendah.. dah menangis kat katil dah masa tu.. tapi tak kuat lah. Air mata bergenang kat mata je, tak lebih had.
Masa hari dapat result, baba, kakak dan adik duduk kat tempat yang ada tiang gantung bendera Malaysia dan bendera sekolah. Masa tu captain dah kena masuk dewan. Kecik je dewan tu, tapi muat la setakat budak darjah 6 dan cikgu-cikgu.. kat sana dah tengok semua muka berdebar-debar. Captain masa tu memang dah expect dapat rendah. Huhu.. kawan-kawan Nampak tak tentu arah dah semua.
Pastu tiba-tiba. Adik masuk dewan, katanya, baba dan kakak panggil, lepas tu keluar la nak jumpa mereka. Pastu , kakak pegang belakang dan kata.. “era jangan sedih, dapat 1A je”
Lepas dengar tu, captain wat rilek2 lagi.. biasalah dah memang namanye tak study.. lepas tu kakak acah-acah lagi, katanya “camna nanti nak bagitahu kawan-kawan, tak malu ke, sorang-sorang je dapat 1A, orang lain semua dapat 5A”
lepas pada tu, muka dah tak stabil, memang tak dapat nak kawal dah, mula la sesi nangis-menangis, sedu-sedan berlaku, ramai oh orang tengok.. malu… tiba-tiba
baba pun bagitahu “kakak gurau je, dapat 5A lah..” huhuhu..
masa baba kata camtu, captain lagilah kuat nangis.. leh plak nak main-main time ni, nak pujuk pun janganla menipu.... .
pastu cikgu pun panggil masuk…
dorang umum keputusan, kakak, baba dan adik tak masuk, mereka duduk kat luar.. lepas tu keputusan pun diumumkan, memang ternyata baba tak tipu. Kakak yang tipu.. citt..masa amek keputusan, cikgu Nampak mata merah-merah [dia dah tahu mereka kelentong captain] dan dia kata kat dewan.. "kakak zuhaira yang kacau dia.."[siap gelak lagi]
kemudian, sesi snap gambar pun bermula…
masa balik rumah, still tak boleh nak kata apa. Perit.
Itu lah kenangan yang paling ingat. Mungkin sebab tu lah satu-satunya kenangan dapat result tinggi walaupun pada awal kena tipu...[UPSR LAK TU] lepas tu, semua exam jauh panggang dari api nak dapat tinggi..
kat sini saya nak tag kawan-kawan captain ..3 orang je first2 ni... Zaty , Askar langit dan awan nano sebenarnya nak tag acik captain, tapi dia takda link..
1 comment:
as'salam captain..
=) tQ sbb join ye :)
seronok bace kisah org dpt 5A ni..
neway, all the best ye :)
Post a Comment