Post ni aku tulis pasal makhluk yang nama nyer ‘cockroach’ jadi kalau kaw geli, jangan baca.
….
……..
.....
..................................................................
Noktah.noktah.noktah.
noktah lagi.
aku benci lipas. Benci giler. Aku tertanya2 kenapa Allah cipta makhluk yang hodoh, nasty, busuk tu dalam dunia ni..sebabbbbb apaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa… argghhhhh…..
aku Tanya baba kenapa. Baba marah, kata semua benda yang Allah cipta mesti ada tujuan.. baba kata even lalat pun ada tujuan..ye lalat, aku tahu kenapa..mama pun marah,, Tanya..kenapa rumput Allah bagi panjang, orang potong, dia panjang, potong panjang balik, yang tu pun aku de jawapan, nak bagi lembu makan,, tapi lipas??? , jadi sebab tak dapat jawapan yang memuaskan.. aku cari sendiri, nak tulis mende ni sangat memerlukan semangat yang kental tahu, nak cari info dan mengharapkan takde gambar2 makhluk tu kuar kat screen memang mustahil, jadi aku just wat-wat tak Nampak dengan tak menumpukan perhatian pada bahagian images. Benci.
Satu2-satu nye perkara yang boleh buat aku benci giler nak pergi tandas malam-malam/or dapur sebab benda ni. Its either aku akan jerit kuat-kuat kalau tersempak atau aku akan berjalan dengan penuh berhati-hati/senyap bagi mengelakkan aku dan makhluk tu sama-sama panic.. benci nya tambah-tambah bila lipas tu terbang, tahu tak geli. [kemudian tiba-tiba dapat rasa ada something merayap kat kaki,warghhh-perasaan semata-mata] Kawan aku lagi dasaat. Aku harap dia tak baca post ni, sebab dia lau dengar/baca perkataan lipas pun dia boleh jerit. Aku boleh lagi, tengok… siap boleh tulis.
Aku benci giler bile terpakse tukar toilet sebab ternampak ada lipas merayap kat dinding , tak boleh ke beliau menyorok sikit dari pandangan mata aku .. biasa orang suh bunuh je, lempang je menatang tu ngan apa2 jer….aku takkan pernah mampu nak bunuh lipas. Aku tak sanggup, bukan sebab kesian, tak.aku benci makhluk tu. Aku tak sanggup tengok cecair yang bakal kuar, dan aku tak sanggup nak cuci mayat dia. Geliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..jadi apa aku buat, aku mengalah and tukar toilet. Tak pun aku suh adik aku [yg syndrome down tu] atau ayah aku tolong halau. Benci giler. Kenapa la dia sangat hodohhhhh…kau wat muke kiut pun takkan pernah jadi comel la wahai lipas.. [cuba bayangkan lipas wat muke kiut ngan mata bersinar-sinar.=.=]
Ada satu kali, aku bukak laci meja aku..lepas aku balik dari cuti yang lama,, aku tengok ada jenazah lipas dalam tu. …tak sanggup den nak bukak dah laci tu jadi aku terpaksa mintak tolong dari sahabat-sahabat aku untuk tolong buang benda tu dari bilik aku..[walaupun terpaksa menebal muka sebab kena gelak] lau takde sape nak tolong , memang sampai aku check out dalam blik tu pun laci tu masih tak terbukak. Timekasih.
Banyak lagi pengalaman dengan lipas.yang pasti takde yang seronok pun.
Betul la . semua yang dicipta dalam dunia ni ada purpose masing-masing, even lipas yang hodoh tu.
Aku kata kaw lipas makhluk yang hodoh, nasty, creepy semua benda buruk aku anugerahkan kat kau. Tapi mana tahu.. kot-kot ko lipas kata aku ni buruk , busuk menyampah and sebagainye. Yang penting, aku pun ada purpose hidup kat dunia ni. Kalau bukan lipas pun, mungkin ada manusia-manusia yang benci aku tertanya-tanya kenapa aku hidup dalam dunia ni..ilek la, nanti sampai masa aku pun bakal mati jugak.
Ok, cukup. Aku bukan nak citer tujuan aku / kita hidup which kamu kamu sume dah tahu and sedar sume tu..[ke ada yang belum tahu..?]
Ok setelah aku buat sedikit pembacaan, aku dapat tahu lah, yang lipas ni, memainkan peranan penting dalam ecosystem kite.
Dipendekkan citer..[sebenarnya aku tak paham sangat, tapi setakat yang aku paham katanya,,,]
Lipas ni.. dia termasuk dalam global food circle.. ‘circle-circle kehidupan..’ [kat sekolah dulu dalam kelas tak reti nak ingat ke.]
Sebab lipas ni, panjang umur nye. Ye, istimewa sikit beliau ni boleh hidup tanpa kepala dalam seminggu lau tak silap.[sbb dia tak bernafas guna kepala dia[nose] ]
Dia tolong abeskan makanan-makanan lebihan kat dalam rumah,yang sisa-sisa kita buang, jadi boleh bersihkan sikit-sikit.walaupun dia kotor tapi dia boleh jadi cleaner. Dia makan sisa-sia.. [dia makan sume benda adalah salah satu factor lagi yang dia hidup lama, tapi bagi kite as manusia, makan sume benda mungkin namanya menempah maut.]
Lagi, dia ni adalah makanan utama bagi kebanyakan serangga dalam dunia ni. Banyak binatang yang makan lipas ni, jadi lepas makan maka mereka boleh berkhidmat untuk kita.sumber tenaga la kononnya.. food circle, life circle..
Mungkin kalau lipas pupus dalam dalam dunia ni, banyak serangga-serangga or binatang-binatang akan mati sebab dah tak cukup sumber makanan. Bila dah jadi gitu, banyak la kerja tak jadi, dunia jadi kucar kacir sebab pupusnya lipas dalam dunia ni..
Tapi jangan risau, lipas insyaAllah tak pupus.
Em,
Sebab apa dorng jadikan lipas ni sumber makanan utama, sebab lipas ni tersangat la banyak,dia kan susah nak mati, lebih-lebih lagi bila ada yang tak sanggup nak bunuh [lama-lama mati gak , end up mungkin dimakan cicak] ade orang kata, kalau kita Nampak sekor lipas atas tanah, ada lagi 400 ekor bawah tanah tuu..wowowowo..seram, seram.seram.seram.
Dengar kata, ada jugak yang buat lipas jadi experiment untuk perubatan mende tah..[tak tahu boleh ke tak]
Ok. Dah abes membebel. Konklusionnya. Semua yang dicipta dalam dunia ni ada purpose masing-masing, bile kite belajar, baru kite tahu, and tentang lipas tu adalah makhluk yang hodoh, well, cantik tu sesuatu yang subjektif, hodoh pun sama jugak. Mungkin ada yang kata lipas tu antara creature yang paling comel dalam dunia ni… -_- '
p/s : Walaupun dia ada kegunaan,, jangan la amek kumpul , pelihara baNyak2 kat dalam rumah, boleh mendatangkan penyakit jugak. Time kasih.
No comments:
Post a Comment