Thursday, February 24, 2011

something wrong?

Assalamualaikum..

is there anything wrong, my friends?


Hari ni 24.2.2011
Wahh..keciwaa...hari ni dengar2 citer ada futsal..hari ni n esok..tapi kapten tak boleh nak join pasal besok kapten tak boleh nak bagi komitmen..besok ada kelas (tak semua ada kelas ni)

First time kapten main futsal masa sem 1..masa tu main untuk berkenalan dengan senior-senior falcom. Was fun. walaupun macam-macam terjadi * kasut tercabut* *TERsumbat dalam gol lawan(sorry)*  pastu masa interfaculty dulu tak join jugak pasal busy exam..(nak focus aa kononye)

okay, cukup ah setakat tu intro.

sebenarnya, kapten hari tu join aktiviti dalam rakan kaunselor..em..sebenarnya, dah lama kapten sedar yang kapten silap amek course..(nak tukar kos?,, ) buktinye, memang kapten da nak amek yang intrapersonality but instead that, kapten pilih linguistics(why?bcoz i took tesl, somehow, somewhat, it was wrong) but then, masa Puan tu dok bincang2 ..lagilah kapten ase sedih n down giler..coz macam tak layak dok dalam komuniti ni..huk3...can we change our personality? because,,if I am about to be a teacher, I dont want to stick with that. I want to be someone capable doing those job.

Tak pernah terfikir pun mengenai TESL dulu..yea memang kapten suka Bahasa Inggeris, tapi bukan sebagai tenaga pengajar. Jadi cikgu Bm pun tak terpikir,, ni plak BI..dah la speaking hancus...waaa..

jadi dalam seminggu ni, macam2 bermain dalam fikiran kapten..main bola, main kriket, main 'dekcok', main nussuk ..SERABUT.serius,,serabut..

jadi, kalau nampak kapten agak senyap and jalan sorang2 tu,, wat tak tahu je, kapten tengah berfikir lagi..
but then, its no point thinking, as i have to accept the fact, i am now already here..walaupun kapten teringat mentor kapten pernah kata..lebih baik rugi setahun dari rugi 3tahun,, (asenye tentang result) result kapten tak mau sentuh. TAK CEMERLANG, tapi boleh consider ok lagi... ape yang penting sekarang, walaupun result kapten 4 flat(day dreaming la ko sorang2), soft skill lebih penting..yang penting kena minat...Ye, kalau katakan minat, memang minat dengan budak2, tapi masalah sekarang untuk menyampaikan tu susah, takde communication skill la lebih kurang..  kapten tak mungkin boleh jadi Cikgu yang baik, kesian anak-anak murid dapat cikgu macam ni....
pastu,,  masa kelas psikologi, prof kapten first time kuliah, dia ada sebut ni,(lebih kurang) : when we become teacher, we touch the future . its kind of interesting you know, to be with the future generations..understand what im trying to say? maksudnya, kanak-kanak ni kan hatinya suci, jadi sebab kita bersama mereka dari awal, kita harap mereka boleh membesar jadi seorang remaja serta manusia yang berjiwa murni, islamic, dan boleh berjasa pada agama n negara harapnya...
tapi saya tak jumpa lagi solution untuk problem saya....aiyaa..aiyaa..aiyaa...

what is the solution?

kelmarin : petang dalam pukul 1-30-2.30 ..saya kol 2 kawan.

and tanya dia , macam mana nak buat kalau kita rasa sakit hati dengan lecturer, sebab lecturer tu *begitu n begini*..huhu..no offence..

dia jawab :
 em, awak yang kena berubah.. persekitaran tak akan berubah,lecturer tu sendiri tak akan berubah, kalau awak nak jadi yang terbaik, awak yang kena berubah. terima seadanyalah lecturer kita, baik or buruk, itulah dia. macam mana kita nak berubah? cari inisiatif sendiri, belajar sendiri, amek ilmu dari lecturer, ignore je kelemahan dia. jangan kutuk belakang, dia tak dengar, pergi jumpa dia straight.kalau tak berani, terima jelah dia seadanya. seteruk mana pun guru kita, keberkatan tetap kita mahu..(ada slang2 sabah sikit)

sorang lagi kawan saya kol

saya :
weh, awok saya kea..loni meme malassssss laaaaa..

dia :
gak awk ingat saya ni dok malas...? saya jak nak abes ni,, koho malas..haha

saya :
hahahaha...pash nak guano weh kito duo ni

dia : 
em..

*tiba-tiba* miss masuk..

saya : 
weh tak po  ah..miss saya ado dale kelas doh..tata..
dia :
tata..


ok..sampai situ sahaja post yang mengarut ni.sorry wat penat baca..terima kasih..

p/s : sebab sekarang famous dengan prk :antara perkara yg perlu diberi perhatian adalah dari sudut orang yg kita nak pilih itu 'fit' atau tidak untuk m'jadi pemimpin. menurut islam, seseorang pemimpin itu hendaklah memiliki akhlak dan peribadi yg baik. tujuannya ialah untuk mengelak fitnah yg akan timbul kelak. 


ni adalah pandangan seorang abang kepada kawan apabila saya bertanya.. :kalau kita diberi dua situasi utk memilih seseorang calon yg blh 'buat kerja' ttp cacat akhlaknya, maka lebih utama dan lebih baik kita memilih org yg kurang kepimpinanya ttp akhlaknya baik. asas, sesebuah kepimpinan yg baik blh dipertingkatkan selagi ada satu matlamat dan startegi yg jelas dan didorong pula dgn teamwork n organisasi yg tersusun.

tq for the help.

Salam.

Thursday, February 17, 2011

Motivasi: Hipokritkah kalau bergerak ke arah kebaikan?


Motivasi: Hipokritkah kalau bergerak ke arah kebaikan?

jangan hirau kutukan orang. ~ picture by RobbyP of Deviant Art
jangan hirau kutukan orang. ~ picture by RobbyP of Deviant Art
Saya ada terbaca blog junior/sahabat saya, Faiq Zaini berkenaan hal ini. Kemudian ditambah pula, selepas itu salah seorang pembaca Langit Ilahi bertanya kepada saya berkenaan ketakutannya bergerak ke arah kebaikan kerana rakan-rakan mencercanya sebagai hipokrit.
Ya, ada orang takut berubah kepada kebaikan kerana risau. Kadangkala bukan merisaukan kutukan orang. Diri sendiri itu pun mempersoalkan – tak hipokrit ke aku ni kalau berubah?
Ayat-ayat racun macam – aku kena jadi diri sendiri – akan mula merosakkan jiwa.
Hipokrit ke kalau jadi baik? Jadi baik ni, sama dengan tak jadi diri sendiri kah?
Siapa la pandai-pandai buat peraturan hodoh macam tu?
Kalau bab tak jadi diri sendiri, maka buat benda-benda tak elok itulah hipokrit
Kenapa tak nak berubah? Dia kata, tak nak jadi hipokrit. Dirinya suka benda-benda yang Allah larang, suka merokok, suka ponteng kelas, suka mencarut, suka couple dan sebagainya. Jadi, kalau berubah ni hipokrit. Not myself katanya.
Oh? Mana kamu tahu jahat/nakal/kurang aja/tak bagus tu adalah diri kamu yang sebenar?
Siapa ajar?
Tahu apa diri kita yang sebenar?
Saya bagi satu hadith, dan satu ayat Al-Quran.
Rasulullah SAW bersabda:
“Setiap bayi itu lahirnya di atas fitrah, ibu bapanya(suasana pembesarannya) lah yang menjadikannya yahudi, nasrani dan majusi”
Kenapa Rasulullah SAW tak cakap: “Ibu bapanya(suasana pembesarannya)lah yang menjadikannya islam, yahudi, nasrani, dan majusi” ? Kenapa?
Sebab bayiu itu dilahirkan atas fitrah. Fitrah=Islam. Islam=baik.
Jadi, siapa kata menjadi baik itu hipokrit? Jadi jahat la hipokrit. Sebab jahat/nakal dan segala yang berkaitan dengannya itulah yang bukan diri kita sendiri.
Allah SWT pula berfirman:
“Dan ingatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam dari belakang mereka, dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (Dia berfirman): Bukankah Aku ini Tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar, kami menjadi saksi(mengakuinya)” Surah Al-A’raff ayat 172.
Ah, sebelum kita lahir lagi, fitrah kita adalah beriman. Fitrah kita adalah Islam. Fitrah kita adalah taat kepada Allah SWT. Sebab itu, pernah dengar kan kata-kata: “Bayi itu suci dari dosa?”
Jadi, nak kembali kepada kebaikan, nak bergerak menjadi hamba yang taat, di mana hipokritnya?
Masalah manusia senget akal
Masalah segelintir manusia adalah, apabila ada rakan mereka nak berubah, mereka akan hina-hina, kutuk-kutuk. Kata-kata berikut adalah yang biasanya keluar:
“Tak payah jadi baiklah. Kau ni memang dah tak ada harapan dah nak ikut geng-geng baik ni”
“Kau jangan nak tunjuk bagus la bro. Dunia belum terbalik lagi la”
“Hipokrit la kau ni. Jahat tu jahat la. Jadi baik buat apa?”
Ini penyakit paling kronik yang ada dalam masyarakat kita. Tengok sahabat dia jadi baik, dia tak senang, dia rasa sempit, dia rasa gusar. Dia mewarisi sikap satu makhluk ni. Makhluk apa?
Iblis. Iblis, syaitan dan konco-konconya memang akan rasa sempit hati bila nampak orang bergerak ke arah kebaikan. Dia rasa bengang, rasa marah dan rasa sangat-sangat la bengkek bila tengok orang buat baik. Sebab, tujuannya atas muka bumi ni terganggu. Semasa dia dilempar keluar dari syurga, dia telah bersumpah kepada Allah SWT:
Allah SWT berfirman:
“Iblis pun berkata: Oleh kerana Kau telah menyebabkan aku tersesat, maka sesungguhnya aku akan mengambil tempat menjadi penghalang mereka dari jalanMu yang lurus. Kemudian aku datangi mereka dari hadapan serta dari belakang mereka, dan dari kanan serta kiri mereka, dan Engkau akan mendapati tidak ramai dari mereka yang bersyukur”Surah Al - ‘Araff aayat 16-17.
Tapi benda ni, kalau cakap pada pengutuk-pengeji ni, mereka tidak akan faham.
Maka, jadikan ini inspirasi, kekuatan kepada yang nak merubah diri, agar terus sabar dan tabah. Hendak kembali kepada fitrah, hipokrit apanya?
Bukan boleh terus jadi malaikat
Kepada yang nak berubah, jangan rasa susah hati kalau ada masanya anda jatuh semula. Terbuat salah lama. Memang itu resminya kehidupan manusia. Imannya turun naik. Tak ada manusia yang tersedar-sedar terus jadi baik macam malaikat.
Tak ada. Melainkan kamu boleh jumpa situasi itu di dalam drama dan novel sahaja.
Manusia biasa, paling kurang akan tetap ada sisa-sisa jahiliyyahnya. Lambat untuk membuang semuanya.
Tetapi ini bukan alasan berputus asa.
Sebab itu saya suka tunjukkan kamu kisah pembunuh kepada 100 orang. Dia telah membunuh 100 orang, tetapi dia masih berusaha bertaubat kepada Allah. Akhirnya Allah memasukkannya ke dallam syurga, tanpa dia sempat bertaubat. Dia hanya baru hendak bergerak ke tempat taubat sahaja. Itulah dia maknanya, keampunan Allah meluasi kemarahan-Nya.
Ketahuilah, kepada orang yang hendak berubah, Allah amat mencintai kalian.
Allah SWT berfirman:
“Sesungguhnya Allah amat mencintai mereka yang sering bertaubat dan membersihkan diri” Surah Al-Baqarah ayat 222.
Apa la kisahnya dengan kritikan orang ramai, jika hendak dibandingkan dengan kasih sayang Allah?
Penutup: Usah peduli orang lain. Bergerak terus ke arah perubahan
Bila nak berubah, jangan teragak-agak. Niat berubah kena jelas, menuju kepada Allah semata-mata. Tidak berubah kerana perempuan, tidak berubah kerana kawan, tidak berubah kerana yang lain-lain. Berubah hanya kerana Allah SWT.
Dengan ini, kalau satu dunia menyisihkan anda kerana perubahan anda, anda tetap tenang dan sabar, teguh dan tabah.
Bergeraklah terus ke arah perubahan.
InsyaAllah, Allah SWT tidak akan mengecewakan hamba-hamba-Nya yang mendekati-Nya.
Saya tutup artikel ini dengan surah penenang jiwa. Dalami maknanya ya.
“Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu? Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu yang memberati tanggunganmu?Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu? Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)” Surah Asy-Syarh ayat 1-8
penulis : hilal asyraf: langit ilahi

MASTER/POSTGRADUATE IN UPM - HOW TO START

Hi, currently I am a new postgrad student in UPM (UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA). In this short post I will list the step taken to apply and re...