Tuesday, September 20, 2011

izinkan aku menjadi normal

artikel di copy dari acik saya 

..................

Ok2, kita tinggalkan tentang ini. Saya sebenarnya amat merindui Adib.. Baba kata kamu demam ye solihin.. Cerita Shin Chan semalam tengok tak? kakakmu ini lupa untuk menelefon untuk mengingatkan kamu..huhu. Tajuk entry kali ini sebenarnya ditujukan kepada Ahmad ye.. Tulah ada 3 nama sangat, semua nama guna ye,aish..

Dia sebenarnya sindrom down yang menawan, amat! Sebab saya mempunyai dia sebagai adik, dia menyedarkan saya bahawa semua sindrom down adik saya. Walaupun, kalau saya cakap kat dia muka dia macam muka sindron down, terus dia marah2, tapi kamu memang Sd kan.heee

ini gaya era

Dia idolanya kakak2, baba, dan abg2nya.. Solihin suka tiru..Suka masuk bilik, tiba2 bertukar baju.. Kejap2 amek baju era, kejap2 baba, dan kadang2 ilham@aslam.


busy ni, nak pergi kerja dah ni..jangan lah amek gambar.
dengan baju melayu yang smartnya--hitam..

pak busu dan anak2 sepupu
 Pernah jugak suatu hari tu, saya ke dapur untuk menyiapkan makanan untuk Solihin, pastu sebab tergesa2, kuahnya tertumpah ke dua belah tangan saya..huhu, terus melecur dua2 belah tangan. Solihin tengok pastu dia tanya, "sakit ke" dan last2 makanan tu dia suapkan untuk saya. Baikkan..Padahal saya buat untuk dia.

Then, setiap kali saya ke dapur, dia akan cakap, buat elok2, nanti tangan sakit lagi..(dengan gaya bahasanya yang tersendiri) ---Sweeet kan.

Sehinggalah pernah jugak dia cuba nak masak sendiri, sebab tak nak bagi saya buat..huhu, kadang2 menakutkan jugak, bila kite terlepas pandang sket, tengok2 dia dah duk dapur,tengah masukkan minyak dalam kuali..seriauuu ooh.




kucing: Marimar yang mengotor
Solihin sayang sangat dengan kucing2 kat umah...hehehe, sayang amattt, dengan furgoso(yang sudah hilang), Marimar, Lolita dan SayalupaNama. Dia penyayang. Tapi biasalah dak Sd kan..hehe, ada masa dia jentik je kucing tu..hehe..Sebab dia suka mendidik dengan penuh syadidnya..hehe, pernah mengajar kucing kesayangan mama tentang bahaya api adalah antara ajaran yang paling syadid pernah saya tengok orang ajarkan..heheh

on the way to aslam and ilham's school

bila singgah je kedai, mesti cakap, ai, ai, ai, ai

Bak saya kata tadilah, dia suka meniru apa2 yang kami buat..hehe, Dan dia juga memahami saya. Yelah 4 bulan duk rumah dengan dia je. Bergaduh, merajuk, bermain, semua dengan dia...Waah rindunya.
Solihin tahu apa yang saya suka, bila saya online, dia tahu apa yang saya suka buat. Kadang-kadang tu, bila kite tengok, rupa-rupanya dia tengah melayari web yang saya suka buka..hehe, apa lagi, kalau bukan, twitter.com, dan etc. Pastu pernah jugak tengok dia masuk kat blog orang yang saya suka tengok, pastu dia gi kat shoutmix orang tu, dan tulis semacam orang lain boleh faham je..hehe..dia suka meniru.


gaya orang besar2
Solihin seorang adik yang protektif, hehe...(oh bukan ke saya yang sepatutnya protect dia), Pernah suatu hari tu, dia cakap kat saya, ada orang lelaki kat luar.(orang yang tak dikenali, biasanya solihin sebut HAHA..)Bila saya tinjau ke luar, eh, mana ada..tak de pun lah. So, saya pun cakaplah, mana ada haha dik..Tak de sapa pun. Pastu dia mula tensen. Dia duduk depan tv sambil berfikir(hehe, ye ke), pastu bila saya nak ke dapur pastu dia terus2 paksa suruh saya pakai tudung, saya dengan peliknya..kenapa ni..ke Dapur je, kenapa perlu tudung, pastu bila tengok betul2, ooooh rupanya memang ada orang.ohho..Dia protective kan.

Kadang-kadang terfikir jugak, dengan setiap gerak geri, tingkah laku mungkin  Aish cuba untuk mengatakan,"izinkan aku menjadi normal".

Dia seorang yang suka solat berjemaah, suka cuba untuk mengimamkan orang solat, suka tengok video2 pengurusan jenazah, dan paling tak disangka, bila kita memberitahu dia berita yang menggembirakan hatinya, dia angkat tangan seakan2 mensyukuri nikmat itu. Bila sudah masuk waktu solat, dia suka buka youtube, cari azan..Suka pakai kopiah, kain sarung, tapikan yang tak leh blah bila dia bukak youtube cari Zaliya(watak dalam drama Asmara), pastu cakap nak kawen dengan Zaliya..hehe, bila kami kata, adik tak leh kawen, mula lah menangis.hehe.Aduhai, baru seminggu disini, sudah rindu..

Oh ya, solihin juga antara sindrom down yang ada FB, maju kehadapan kan..dan semua kawan kat FB dia, namanya AVA.hehe Camne leh jadi Ava, saya pun tak tau. Hari raya baru-baru ni, kami pergi ke rumah sepupu mama, pastu dia nampak sorang dak lelaki ni sebaya dia kot, pastu dia kata, eeh tu kawan boook aish.. Pastu, dia suka tegur seorang ahli politik ni..Saya tak taulah camne dia boleh add kawan2 Ava nye ni..huhu..Peramah yang amat  solihin ni.




Tiba2 terfikir kata2 syu, mungkin solihin ada split identity..hehe,tapi mungkin lebih kepada a hidden characteristic. Papehal pun, eee sayang Aish, ooo, ala, aba, ama, eya, ell, dak!!! Aish merupakan singkatan kepada Ahmad Adib Solihin. Dua jam lagi boboiboy tau..jangan lupa tengok!.




....................

eya pun sayang ba-ish!