Monday, May 21, 2012

arigatou gozaimashita!


Era, try pakai ni.”  kata mama sambil hulurkan aku dua helai kain, masih berbungkus dalam plastik.

eh, warna putih?.” aku pelik sebab aku tak pernah pesan belikan tudung warna putih.

ambillah, takde lagi kan?

takde, hehe..” jawab soalan sambil tersengih-sengih macam apa dah..

Mama beli tempat sama lagi ke?.

ah, ahh, takda tempat lain dah yang jual tudung labuh, situ je ada.” balas mama sambil tenung aku pakai tudung.

Mula-mula aku try pakai tudung hitam, ni tudung labuh warna hitam yang ke-empat aku pernah ada,
Yang last sekali yang masih ada dengan aku sekarang pemberian kawan aku, namanya shakirah, tudung-tudung lain sebelum ni, aku tak tahu pergi mana dah.. hilang tanpa jejak, eh. Pelik la… warna hitam je jadi gini.. mungkin sebab colour warna ni je aku selalu pakai, sebab tu sampai hilang. Haha.

harga berapa ni ma? 17 ringgit lagi ke?.” aku Tanya sebab aku nak tahu, sebab last sekali aku beli harga dia 17ringgit.

dah naik seringgit, rm 18 dah.” jawab mama.

Aku ingat dulu, mula-mula aku beli tudung kat sana, harga dia 15 ringgit. Tiap-tiap kali cuti sem mesti aku singgah kedai tu,, kalau bukan beli tudung, beli jubah.. tapi cuti ni, aku tak pergi mama je pergi singgah kedai dorang tu, em bukan kedai pun, kat pasar isnin tempatnya, tiap-tiap hari isnin ada la dorang berniaga kat sana, dekat dengan masjid, aku ingat lagi, dorang pernah kata, port tu best, sebab alang-alang berniaga, boleh dengar orang bagi tazkirah/ceramah kat masjid tu..em... kedai betul dia aku tak tahulah pulak kat mana, tak pernah Tanya pun. Ehee..

Aku ingat lagi, masa first-first ‘terjumpa’ kedai ni..tahun berapa pun aku tak ingat dah..

penat cari tudung untuk budak ni, takda tempat lain..alhamdulillah kat sini ada.” mama mulakan perbualan dengan makcik tu..

em, untung jual tudung macamni, dah banyak fesyen tudung keluar zaman sekarang tapi tudung labuh masih orang cari, tak ketinggalan zaman pun.”  

Aku dengar sengih sahaja, tak reti nak jawab apa, biarlah mama dan makcik berpurdah tu saja yang berbual.

“ada jual sarung kaki tak? err, warna hitam dan koko..?” Aku ingat nak beli sarung kaki jugak, sebab yang ada dah lusuh sangat dah, ada yang dah takde dengan pasangan dia dah, warna je sama.ahaaha..

ada, ni haa..handsock nak?.” sambil hulur sarung kaki, sambil tu tawarkan aku beli handsock.

Aku geleng kepala tanda tak mahu.kemudian tiba-tiba mama cakap dekat makcik tu yang aku jenis yang tak pakai handsock.ahhaha..

Kenapa tak pakai?.” Makcik jual kain tu Tanya aku

entahlah, rasa tak best macam ada benda melekat je” sebetulnya aku tak pernah pakai pun.ahaha.memang kakak-kakak mostly acik lah yang selalu beli handsock, kami panggil stonge, stoking tangan, tapi aku tak pakai, kat sekolah pun tak perlu, sebab lengan baju sekolah dah berbutang, macam tak perlu semua tu.

Lepas dah siap cakap-cakap, mama pun bayar harga barang-barang yang kami beli tu, masa nak ambil plastik barang, tiba-tiba …

Nah. Ambil ni, pakai nanti.” aku tengok makcik berpurdah tu masukkan sesuatu dalam plastik.

apa tu?.” pelik mestilah kena Tanya.

handsock, nanti pakai ni, makcik bagi” jawab makcik tu sambil senyum, walaupun tak nampak mulut tersenyum sebab berpurdah tapi dapat cam bila mata berubah Nampak manis.

Aku senyum and cakap terima kasih, tak tahu nak kata apa dah..
..
Start dari haritu, aku pakai handsock, walaupun tempoh nak try pakai tu lama jugak, tapi akhirnya, bila try, ternyata best jugak, rasa lagi tertutup aurat tu. Ehee.

Sampai harini, handsock tu masih ada walaupun takda pasangannya, simpan buat kenangan sahaja.
Sekarang, aku dah terbiasa pakai stonge a.k.a handsock ni, kalau tak pakai rasa macam tak complete je, ,  
-saya la yang rasa macam tu, taktahu la orang lain camna-, tapi ada masa, kadang-kadang aku tak pakai jugak, lagi tak best bila tak pakai handsock masa nak present apa-apa kat depan, rasa macam nak balik bilik masa tu jugak. Ehehe..

Terima kasih dekat makcik tu. J -
Err, time kasih jugak kat shakirah bagi tudung kaler hitam.
Sangat-sangat suka! J untuk keduanya.
Alhamdulillah.


p/s : sebetulnya, aku tak pandai pun bahasa jepun, yang arigatou tu aku tahulah terima kasih maksud dia, tapi sebab aku tak pasti gugle jugak, hihih, dan apa yang aku dapat arigatou gozaimashita ni maksudnya "Thank you for that" 

penerangan pasal tu : dekat sini

p/s lagie: sebenarnya dialog dalam loghat kelantan , dialih loghat bagi memudahkan pembacaan.huuuhu..

notaKaki: maaf kalau format penulisan salah, huhuh, harap dibetulkan kalau nampak silapnya. tQ


8 comments:

AslamTaslim said...

tahniah. :) nuff said.

AkuCaptainHero said...

ok, tapi sebab?

AslamTaslim said...

handsock, dah pakai. man belum pakai lagi, iAllah nak try slow2. HAHAHAHA

AkuCaptainHero said...

oh ye? tapi bukan man dah pakai ke sekali dulu,eh.. untuk cover kesan accident hariiitu.hohoho... camna sekarang, ada nampak lagi tak parut tu?

AslamTaslim said...

ada lagi, besar kot hahaha. :D

Saya Sarah said...

betul2... lau x pakai stonge, rasa pelik. rasa tangan ni nampak je auratnye..nak bercakap pun xselesa kan.

Saya Sarah said...

betul2... lau x pakai stonge, rasa pelik. rasa tangan ni nampak je auratnye..nak bercakap pun xselesa kan.

AkuCaptainHero said...

betul2.. hehehehe, hadiahkan satu untuk adik acik ni :D