Friday, January 6, 2012

oh, haha.


Satu hari, saya sangat penat. Saya berkejar ke sana ke mari untuk selesaikan perkara yang sangat penting.. semuanya perlu diselesaikan sebelum start cuti sebab nanti masa akan membataskan segalanya, jauh pulak tu. 

Pagi tu , saya teman kawan saya ke kedai kat luar, kul 8 lagi dah keluar, jam 9suku saya balik kampus, kami naik basikal, tapi sebab banyak tempat singgah, penat gila even naik basikal, gpun nak cepat, kawan ada kelas jam 10.,

balik hostel,,dalam  9 lebih hingga jam 10 lbh tu siapkan diri untuk ke kelas di blok umar, 
tapi sebelumnya, Saya ke blok akademik, jalan kaki.. masa tu jam masih pukul 10 .10 la agaknya.. dalam 8 minit dah sampai. Kejap je …. Sampai sana, rupa-rupanya, tersilap tempat.. kena pergi hepa,
saya pening jugak fikir, kelas jam 11.. hepa tu jauh, even saya jalan laju, saya tak pasti boleh selesai kerja tu awal ke tak.
Sambil jalan, sambil fikir, perlu ke saya balik hostel dan amek basikal, atau jalan kaki je…
Saya tengok jam, dah pukul 10.25. macam mana ni..  

Saya tengok jalan nak ke hepa, jauhh,,
lalu saya balik hostel jap, amek basikal dan terus pecut menuju HEpa..[parking] basikal,saya  naik aras 2. Cakap dengan En.Fauzan, dia suruh tunggu kejap.. pastu dia suruh masuk dalam, jumpa Puan kat dalam tu.. dah selesai, balik lah..kayuh basikal lagi, penat sihh,,
Tengok jam, pukul  10.50..

Letak basikal kat blok Ali, jalan kaki sikit untuk ke blok Umar, sampai  je sana..[citer utama dia start sini, sorry panjang sangat intro, sebab nak stress ‘penat’ tu..haha]

Tiba-tiba ternampak sorang pensyarah ni, pernah ajar saya masa sem 3.
Nama dia Puan Hasyimah..ajar keusahawanan..
Dia pregnant, 

Ni dialognya, sekadar yang saya ingat,insyaAllah tak berubah point penting and maksud asal

Saya: eh, puan..[terkejut sikit]
Puan: ha awak.[puan pun terkejut gak]
Saya : [tengok perut dia] berapa bulan dah ni puan…?
Puan: [sambil senyum] dah 6 bulan dah ni..haa awak..[sambil tengok macam nak sebut something]
Saya : ye saya..
Puan: awak Fadhilah kan..
Saya: [sengeh dengan sangat obviousnya] ye saya puan, puan buat apa kat sini nih?
Puan: saya nak cari fakulti bahasa, mana pintu masuk dia..
Saya: oh, pintu dia kat bilik mesyuarat tu, kat sini dia renovate..
Puan: oh, patutlah..
Saya pun bawak la dia menuju ke pintu bilik mesyuarat tu,

[pendek citer, semua yang saya rasa penat giler masa tu, dah macam hilang semua bila dengar dia panggil saya Fadhilah, tak pernah nak expect pun sebelum ni ada orang ingat saya dengan nama Fadhilah, kecuali seorang ustazah[gak] masa darjah empat, ustazah Azira nama dia, ajar pendidikan Islam, panggil saya ngan nama Fadhilah, takde dah lepastu..

p/s: penulis rasa gembira bila orang panggil penulis ngan nama second tu,tapi yang dah panggil nama len sebelum ni, tak yah nak tukar panggil jadi Fadhilah plak, geli plak asenyer even nm sendirik.har3.

No comments: